Ara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ara
Julat zaman: Maastrichtian–Present
Ara Sycamore, Ficus sycomorus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Rosales
Keluarga: Moraceae
Tribus: Ficeae
Dumort.
Genus: Ficus
L.
Spesies

Sekitar 800, lihat sila lihat teks

Ara (Inggeris: fig) ialah tumbuhan dalam genus Ficus yang terdiri daripada kira-kira 800 spesies pokok berkayu, renekan, dan penjalar dalam keluarga Moraceae. Pokok ini berasal dari seluruh kawasan tropika, dengan beberapa spesies tumbuh juga di kawasan iklim sederhana yang hangat. Kebanyakan spesiesnya malar hijau, sedangkan pokok-pokok di kawasan iklim sederhana dan kawasan yang mempunyai musim kering yang panjang adalah pokok daun luruh.

Genus ini termasuk satu spesies, common fig (F. carica), yang menghasilkan buah dagang yang dipanggil tin. Buah daripada banyak spesies yang lain juga boleh dimakan walaupun tidak berapa popular. Contoh-contoh ara yang lain termasuk mas cotek dan subgenus banyan. Terdapat ara wild willowleaf yang luar biasa besarnya di Afrika Selatan yang dilindungi oleh Simpanan Alam Semula Jadi Wonderboom.

Buah ara dikeringkan juga dipanggil buah tin, sempena nama pokok ara dalam al-Quran. Ini kerana jemaah haji membeli buahnya dari pedagang Arab yang memanggilnya dengan nama setempat. Terdapat pendapat yang menyatakan buah tin merupakan antara tumbuhan terawal yang ditanam oleh manusia.[1]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Buah pokok ara (buah-buahan hiasan yang digelarkan "sikonium") yang berbentuk bebawang berasal daripada bunga. Bahagian dalam untuk buah ini geronggang dan dilapiskan oleh biji-biji kecil yang berwarna merah. Buah ini mempunyai satu lubang kecil ("ostiol") pada hujungnya yang dipergunakan oleh penyengkat ara untuk merayap ke dalam untuk mendebungakan buah/bunga.

Kebanyakan pokok ara mempunyai dua jenis jantina:

  • hermafrodit yang digelarkan "kaprifig" daripada perkataan Caprinae, satu subfamili kambing, disebabkan buahnya biasa dimakan oleh kambing tetapi tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia;
  • betina: bahagian jantan bunga gagal berkembang dan dengan ini, menghasilkan buah yang boleh dimakan oleh manusia.

Penyengat ara hanya hidup di dalam bunga kaprifig kerana bunga betina terlalu panjang untuk penyengat bertelur di dalamnya. Serangga ini mendebungakan bunga dengan debunga daripada pokok yang dihidupnya. Oleh itu, buah ara yang mengandungi biji yang matang juga mengandungi banyak penyengat yang mati di dalamnya.

Ketika sebiji kaprifig masak, lagi sebiji kaprifig akan disiapkan untuk didebungakan. Pokok ara tropika menghasilkan buah secara berterusan, dan membolehkan haiwan yang makan buah-buahan untuk hidup dalam tempoh-tempoh antara masta-masta. Di kawasan iklim sederhana, penyengat berhibernat di dalam buah ara. Buah kaprifig di kawasan iklim sederhana ini berbentuk kecil dan digelarkan "breba". Terdapat tiga hasil tanaman setahun untuk kaprifig, dan dua hasil setahun untuk pokok buah betina di kawasan iklim ini. Sesetengah buah betina tidak memerlukan pendebungaan, dan akan menghasilkan buah tanpa biji yang subur jika tidak adanya penyengat.

Biasanya, terdapat hanya satu spesies penyengat tunggal yang berupaya mendebungakan bunga bagi setiap spesies pokok ara dan oleh itu, penanaman pokok ara di luar kawasan asalnya akan menyebabkan pokok yang mandul. Umpamanya, walaupun 60 spesies telah diperkenalkan ke Hawaii, hanya empat jenis di sana dapat membiak.

Pokok ara boleh juga dibiakkan dengan mudah daripada keratan tunas.

Kepentingan sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2006, telah dilaporkan bahawa Pokok Ara yang bertarikh 11,400 tahun dahulu telah di temui di Gilgal I, sebuah kampung di Lembah Jordan Bawah yang terletak hanya 8 batu di utara bandar Jericho kuno.

Berdasarkan keterangan ikut keadaan daripada spesimen-spesimen awetan itu yang menunjukkan bahawa pokok-pokok itu adalah jenis mutasi yang tidak dapat membiak dengan cara yang biasa, pakar-pakar telah memastikan bahawa pokok-pokok ara itu telah ditanam dengan sengaja dan oleh itu, merupakan tanaman manusia yang pertama. Dengan itu, gandum dan rai yang ditanam seribu tahun kemudian kini merupakan tanaman yang berikutnya.

Pokok Ara dan kesihatan[sunting | sunting sumber]

Buah ara yang dikeringkan, atau juga dikenali sebagai buah tin.

Pokok Ara merupakan sumber yang baik untuk flavonoid dan polifenol. [2]. Apabila buah ara disukat untuk kandungan bahan antioksidanya, didapati bahawa 40 gram buah ara kering atau juga dikenali sebagai buah Tin (dua biji buah ara yang sederhana saiznya) boleh meningkatkan keupayaan bahan antioksida plasma. [3] Pokok Ara juga mengandungi kandungan serabut yang terbanyak, berbanding buah-buahan yang lain, baik kering mahupun segar.

Spesies[sunting | sunting sumber]

  1. Pokok Akar Ara
  2. Pokok Ara Akar
  3. Pokok Ara Batu
  4. Pokok Ara Buluh
  5. Pokok Ara Daun Lebar
  6. Pokok Ara Gajah
  7. Pokok Ara Jangkang
  8. Pokok Ara Jejawi
  9. Pokok Ara Jeloteh
  10. Pokok Ara Kecil
  11. Pokok Ara Kelalawar
  12. Pokok Ara Kubang
  13. Pokok Ara Kubung
  14. Pokok Ara Kuwap
  15. Pokok Ara Lampong
  16. Pokok Ara Lidah Rimau
  17. Pokok Ara Lumut
  18. Pokok Ara Nasi
  19. Pokok Ara Paya
  20. Pokok Ara Perak
  21. Pokok Ara Tampok Pinang

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Discovery channel - 2007
  2. ^ Khasiat Pokok Ara [1]
  3. ^ Buah-buahan kering: bahan antioksida in vitro dan in vivo yang baik [2]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]