Arah kiblat di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Arah khiblat di Malaysia dapat ditentukan pada petang hari Khamis, 16 Julai 2009 khususnya pada jam 5.28 petang Malaysia. Hari Jumaat 17 Julai 2009 masih tidak jauh berubah. Ini kerana pada jam 5.28 petang, matahari tepat berada di atas kaabah, Mekah, Arab Saudi. Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said.[1]

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Pada 27 Mei 2007, umat Islam boleh menentukan arah kiblat yang betul pada pukul 5.18 petang Isnin kerana ketika itu matahari berada tepat di atas Kaabah di Mekah.Pensyarah di Jabatan Fiqh Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi menyatakan orang ramai dan pihak masjid juga dapat memeriksa semula arah kiblat di tempat masing-masing.[2]

Kaedah tradisional[sunting | sunting sumber]

Orang Melayu di Malaysia membina rumah dan menanam jenazah berdasarkan arah kiblat. Biasanya di Malaysia, orang-orang tua menyatakan arah kiblat berada sedikit di sebelah kanan matahari terbenam. Ustaz atau tuan guru akan dipanggil bagi menentukan arah kiblat sebelum sesebuah rumah, surau atau masjid dibina.

Tandas tidak harus mengadap kiblat. Anjung masjid dan surau mestilah mengadap kiblat. Bilik surau di rumah juga mesti ke arah kiblat.

Kubur orang Islam di Bosnia diketahui melalui arah kubur / jenazah yang ditanam menghadap arah kiblat. Oleh itu agama seseorang itu Islam atau Kristian dapat dibezakan.

Kaedah moden[sunting | sunting sumber]

Sejak 1980-an, kompas arah Mekah telah dijual di pasaran. Dengan kompas ini, arah khiblat dapat ditentukan dengan lebih mudah. Jemaah haji membeli kompas ini semasa mengerjakan haji di Mekah.

Pemaju perumahan dan perancang bandar[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan pemaju perumahan terdiri daripada bukan Islam dan mereka mengabaikan hal ini. Perancang bandar dan wilayah juga tidak terpanggil untuk memastikan taman perumahan berdasarkan khiblat. Pemaju perumahan dan perancang bandar lebih suka mengikut kontur dan pelan tanah sahaja.

Bandar baru seperti Shah Alam dan Bandar Baru Bangi tidak menjadikan masjid dan khiblat sebagai pusat aktiviti. Bandar Putrajaya lebih menepati ciri-ciri banda raya Islam kerana masjid menjadi lokasi aktiviti dan tumpuan penduduk tempatan dan luar.

Khiblat semasa di angkasa[sunting | sunting sumber]

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan buku 'Garis panduan pelaksanaan ibadah di ISS' dan diterbitkan pada April 2007. Khiblat ditentukan berdasarkan kepada unjuran Kaabah di Mekah. Angkasawan Malaysia iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr Faiz Khaleed menjalani latihan di Russia sebelum salah seorang daripadanya dipilih sebagai angkasawan pertama Malaysia dihantar ke ISS.[3]

Kontroversi Masjid Kristal[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Mei 2009, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said menjelaskan di Dewan Undangan Negeri Terengganu bahawa arah kiblat di Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu tidak perlu dipertikaikan .Pada 3 April 2009 Jabatan Mufti Terengganu telah mengeluarkan sijil yang menyatakan arah kiblat yang ditunjukkan dalam Masjid Kristal adalah tepat. Jabatan Pemetaan dan Pengukuran Terengganu turut mengesahkan arah khiblat masjid ini sebelum dan selepas pembinaan.

Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (PAS-Ladang) meragui ketepatan arah kiblat masjid itu kerana dikatakan berbeza dengan arah yang ditunjukkan oleh kompas. Hal ini mungkin berlaku kerana gangguan medan magnetik di dalam Masjid itu yang terlalu kuat kerana struktur utama Masjid Kristal adalah diperbuat daripada besi keluli.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]