Arkeopteriks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Archeopteryx)
Lompat ke: pandu arah, cari
Archaeopteryx
Julat zaman: Jura Lewat, 150.8–148.5 Ma
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Keluarga: †Archaeopterygidae
Genus: †Archaeopteryx
Spesies: †A. lithographica
Sinonim

Arkeopteriks atau Archaeopteryx (/ˌɑrkˈɒptərɨks/ AR-kee-OP-tər-iks) merupakan suatu genus burung awal yang beralih daripada dinosaur berbulu pelepah kepada burung moden. Nama genus berasal daripada bahasa Yunani Purba ἀρχαῖος archaíos yang bermaksud "purba" dan πτέρυξ ptéryx yang bererti "sayap". Sejak lewat abad ke-19, ia secara umumnya diterima oleh para ahli paleontologi dan direkodkan dalam karya rujukan awam sebagai burung tertua yang dikenali (ahli kumpulan Avialae).[1]Walau bagaimanapun, beberapa spesies Avialae berpotensi yang lebih tua telah dikenal pasti termasuklah Anchiornis, Xiaotingia dan Aurornis.[2]

Arkeopteriks hidup ketika zaman Jura Lewat, sekitar 150 juta tahun dahulu di kawasan yang dikenali sebagai selatan Jerman pada masa kini. Pada zaman itu, benua Eropah adalah sebuah kepulauan yang berada di laut tropika yang tohor dengan kedudukan yang lebih hampir dengan khatulistiwa berbanding sekarang. Mempunyai bentuk yang serupa dengan burung Murai Eurasia, dengan saiz terbesar mungkin mencapai saiz raven,[3] Arkeopteriks boleh membesar sehingga kira-kira 0.5 meter (1.6 ka) panjang. Walaupun saiznya kecil, sayap yang lebar dan berkeupayaan untuk terbang dan meluncur, Arkeopteriks mempunyai lebih banyak persamaan dengan dinosaur zaman Mesozoik kecil yang lain berbanding dengan burung moden. Secara khusus, ia berkongsi ciri-ciri dengan deinonychosaur (dromaeosaur dan troodontid) seperti rahang dengan gigi yang tajam, tiga jari dengan cakar, ekor bertulang yang panjang, jari kaki kedua yang boleh diperluaskan ("cakar membunuh"), bulu pelepah (yang juga mencadangkan homeoterma) serta pelbagai ciri rangka.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Xing Xu, Hailu You, Kai Du and Fenglu Han (28 Julai 2011). "AnArchaeopteryx-like theropod from China and the origin of Avialae". Nature 475 (7357): 465–470. doi:10.1038/nature10288. PMID 21796204. http://www.nature.com/nature/journal/v475/n7357/full/nature10288.html. 
  2. Godefroit, Pascal; Cau, Andrea; Hu, Dong-Yu; Escuillié, François; Wu, Wenhao; Dyke, Gareth (2013). "A Jurassic avialan dinosaur from China resolves the early phylogenetic history of birds". Nature dalam akhbar. doi:10.1038/nature12168.  edit
  3. Erickson, Gregory M.; Rauhut, Oliver W. M., Zhou, Zhonghe, Turner, Alan H., Inouye, Brian D. Hu, Dongyu, Norell, Mark A. (2009). Desalle, Robert. ed. "Was Dinosaurian Physiology Inherited by Birds? Reconciling Slow Growth in Archaeopteryx". PLoS ONE 4 (10): e7390. Bibcode 2009PLoSO...4.7390E. doi:10.1371/journal.pone.0007390. PMC 2756958. PMID 19816582. http://www.plosone.org/article/info%3Adoi%2F10.1371%2Fjournal.pone.0007390;jsessionid=F7E462DE00439EEA45BCC1AF96012EE0. Capaian 2009-10-25. 
  4. Yalden D. W. (1984). "What size was Archaeopteryx?". Zoological Journal of the Linnean Society 82 (1–2): 177–188. doi:10.1111/j.1096-3642.1984.tb00541.x. http://www3.interscience.wiley.com/journal/120801944/abstract. 
  5. L. M. Chiappe, L. M. Witme (2002). University od California Press Berkeley and Los Angeles, California. ed. Mesozoic birds: above the heads of dinosaurs. University of California Press. m/s. 151. ISBN 0-520-20094-2. http://books.google.com/?id=2MQeh1KCp7sC. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • G. R. de Beer (1954). Archaeopteryx lithographica: a study based upon the British Museum specimen. Trustees of the British Museum, London.
  • P. Chambers (2002). Bones of Contention: The Fossil that Shook Science. John Murray, London. ISBN 0-7195-6059-4.
  • A. Feduccia (1996). The Origin and Evolution of Birds. Yale University Press, New Haven. ISBN 0-300-06460-8.
  • Heilmann, G. (1926). The Origin of Birds. Witherby, London.
  • T. H. Huxley. (1871). Manual of the anatomy of vertebrate animals. London.
  • H. von Meyer (1861). Archaeopteryx litographica (Vogel-Feder) und Pterodactylus von Solenhofen. Neues Jahrbuch für Mineralogie, Geognosie, Geologie und Petrefakten-Kunde. 1861: 678–679, plate V. [Article in German]. Full text, Google Books.
  • P. Shipman (1998). Taking Wing: Archaeopteryx and the Evolution of Bird Flight. Weidenfeld & Nicolson, London. ISBN 0-297-84156-4.
  • P. Wellnhofer (2008). Archaeopteryx — Der Urvogel von Solnhofen (in German). Verlag Friedrich Pfeil, Munich. ISBN 978-3-89937-076-8.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]