Archer (Fate/stay night)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Archer

Archer merupakan watak fiksyen daripada sebuah novel visual dan siri anime Jepun Fate/stay night oleh TYPE-MOON.

Dia merupakan seorang Servant kepada salah satu protagonis utama siri ini, iaitu Rin Tōsaka. Di atas kecuaian Rin, penyeruan Archer tidak lengkap. Akibatnya, dia tidak mengingati memori kehidupannya mahupun identitinya sendiri. Archer bersikap sinis, namun disebalik sikapnya ini terdapat suatu personaliti penuh kompleks yang akan terdedah sepanjang kisah Fate/stay night. Meskipun terlatih dengan senjata-senjata jarak jauh, dia juga mampu bertarung menggunakan senjata jarak dekat (mêlée). Archer menganggap idealisme Shirō Emiya lemah dan penuh delusi, dan mempercayai bahawa mentaliti Shirō untuk "menyelamatkan semua orang" sebagai sesuatu yang naif dan mustahil.

Seiyū watak Archer ialah Junichi Suwabe dan pelakon suara latar bahasa Inggerisnya ialah Liam O'Brien.[1]

Status Servant[sunting | sunting sumber]


Master: Rin Tōsaka Jantina: Lelaki Warna: Merah
Penjajaran: Neutral Benar Ketinggian: 187 cm Kebolehan: Menggodek, pengawasan
Noble Phantasm: N/A Berat: 78 kg Kegemaran: Kerja-kerja rumah
Kekuatan: D Rintangan Sihir: D Tidak suka: Kepahlawanan
Ketahanan: C Tindakan Bebas: B Musuh: Rin Tōsaka, Sakura Matō, Illyasviel von Einzbern
Ketangkasan: C Penujuman: C
Mana: B Sihir: C-
Tuah: E Mata Penglihatan Minda (Benar): B


Kebolehan[sunting | sunting sumber]

  • Mata Penglihatan Minda (Benar)
Tahap: B
Kemampuan untuk melakukan pertimbangan yang cepat dan tepat, didapati melalui pengalaman dan latihan. Archer mampu menganalisis dengan tenang situasi-situasi mahupun dalam pertarungan, memikirkan strategi dan kebolehan untuk membantunya. Selagi ada 1% peluang kemenangan baginya, dia mampu memikirkan sesuatu rancangan untuk mengeksploitasi peluang tersebut.
  • Rintangan Magik
Tahap: D
Kebolehan untuk menghentikan kesan-kesan sihir yang digunakan terhadapnya. Pada tahap ini, sihir-sihir pada tahap yang mengandungi satu barisan dimatikan. Kekuatannya adalah serupa dengan kesan tangkal perlindungan.
  • Penujuman
Rank: C
Persepsi penglihatan ditingkatkan. Dalam kes ini, Archer mendapatnya melalui sihir Pengukuhan pada matanya. Di tahap ini, sasaran Archer mampu menentukan dengan tepatnya objek-objek sejauh 4 km dan mampu mengejar pergerakan tubuh badan pada kelajuan yang tinggi..
  • Tindakan bebas
Rank: B
Kapasiti seorang Servant untuk hidup tanpa seorang Master. Pada tahap ini, Archer mampu hidup selama dua hari tanpa penubuhan kontrak yang sah, dan juga berkekalan untuk tempoh masa yang singkat walaupun selepas kerak semangatnya telah rosak teruk.
  • Sihir
Rank: C-
Kemahiran individu ini dalam melaksanakan sihir tradisional. Pada tahap ini, penggunanya baru sahaja belajar menggunakan sihir ortodoks yang asas.

Meskipun Archer sendiri tidak kelihatan seperti seorang Servant dengan keistimewaan sihir yang melangkau bidangnya, dia mempunyai ilmu yang luas akan cabang-cabang sihir konvensional yang luar biasa. Dia seorang Penipu, seorang individu yang berkemahiran mencipta objek-objek tiruan menerusi penggunaan penyurihan dan pengunjuran imej-imej mental untuk membentuk objek ketara. Meskipun Pengunjuran selalunya dianggap tidak berkesan untuk mencipta artifak-artifak yang berkuasa ataupun tahan lama, keunikan Archer menggunakan sihir ini membenarkannya untuk menjelmakan salinan-salinan yang tepat dan sangat berkuasa daripada imej-imej yang terukir dalam mindanya.

Dengan mengekstrak kebolehan asli Marmar Realiti tanpa menggunakannya, Archer mampu merekodkan setiap maklumat tentang konstitusi fizikal, perbuatan perkara-perkara ghaib mahupun sejarah apa-apa senjata zaman silam hanya dengan melihatnya, dan kemudian mewujudkan satu salinan yang serupa. Salinan-salinan ini bukan sahaja mempunyai sifat keutuhan magik dan lain-lain seperti yang asalnya, tetapi mereka mempunyai memori senjata tersebut, membenarkan Archer untuk membaca menerusi rekod-rekod sejarah senjata-senjata itu dan memuat turun apa-apa kemahiran mahupun teknik yang pernah dialami oleh mereka. Kaedahnya bukannya tidak terhad, kerana senjara-senjata hasil daripada surihannya adalah kurang berkuasa (kira-kira kekurangan satu tahap berbanding yang asal), dan Archer tidak mampu untuk meniru artifak-artifak yang terdiri daripada bahan-bahan bukan dari dunia ini.

Justeru, menerusi penggunaan Perubahan, Archer mampu mengubah salinan-salinan yang disurihnya untuk menanam ke dalam mereka sifat-sifat istimewa. Kesan terbaik kemahiran ini ialah melalui kraf Khayalan Peach, Noble Phantasm yang terlalu penuh dengan tenaga magik yang, meskipun akan pecah selepas digunakan, meningkatkan kekuatan serangan mereka. Meskipun kebanyakan Servant berasa khuatir untuk mengorbankan senjata mereka seperti keadaan terebut, kilang senjata Archer yang tidak terhad membenarkannya untuk menggunakan kaedah ini atas kemahuannya, cara tertentunya terdiri daripada pengubahan pedang-pedang untuk disasarkan sebagai anak panah.

Dia juga berkemahiran dalam asas Perubahan dan Penyurihan: Pengukuhan; seni memperkuat struktur objek-objek sementara waktu melalui pemahaman sifat semula jadi mereka dan kesempurnaan sifat-sifat kecacatan mereka menerusi pengunjuran, menambah sifat-sifat asas pada sasaran, misalnya seperti ketahanan perisai atau ketajaman sebilah pisau. Salah satu penggunaan sukar dalam kraf ini ialah pengukuhan benda-benda hidup, kerana penyisipan tenaga magik ke dalam organisma hidup yang lain merupakan satu proses kompleks dan apa-apa kesilapan dalam prosedur ini dianggap sebagai pencerobohan, lalu ditolak. Archer menerapkan kaedah ini dalam dirinya untuk meningkatkan pertarungan fizikalnya, lebih-lebih lagi di bahagian matanya, memberinya penglihatan yang cukup cekap dan tepat sehingga mendekati bentuk terhad penujuman.

Archer juga memiliki sebuah busur panjang hitam, yang diciptanya melalui bahan sintetik dan kompaun besi tetapi cukup fleksibel, dan tidak wujud dalam zaman moden sekarang. Busur ini dicipta khas untuk menahan senjata-senjata berat dan dalam jumlah yang banyak, seperti Noble Phantasm, dan melontar mereka seperti anak panah sahaja. Serupa dengan ini, perisai dada Archer dan kasutnya dicipta menggunakan bahan yang sama, manakala jubah merah yang dipakainya ialah sejenis kain pengebumian suci yang melindungi Archer daripada gangguan ghaib disekelilingnya.

Noble Phantasm[sunting | sunting sumber]

  • Kejadian Pedang Tidak Terhad: Ciptaan Pedang Infiniti (Jepun: 無限の剣製, Hepburn: Mugen no kensei)
Tahap: E ~ A++
Jenis: Sokongan
Marmar Realiti, juga dikenali sebagai Padang Pelindung Semula Jadi, sejenis sihir berkelas tinggi yang jarang dilakukan yang mengembangkan sebuah realiti alternatif tertutup yang merupakan representasi jiwa penggunanya. Disebalik dinding-dinding sebuah marmar realiti, pengguna-pengguna mampu melanggar undang-undang dunia, justeru merupakan sebuah medan perang yang ideal. Walaupun bukan Noble Phantasm yang benar, sihir ini dianggap sebagai sebahagian daripadanya.

Marmar Realiti Archer digelar Unlimited Blade Works ataupun "Kejadian Pedang Tidak Terhad", yang muncul sebagai sebuah padang atau bidang yang tandus, luas dan terbuka, penuh dengan Noble Phantasm yang berteraburan dan berlabuh di atas tanah seperti penanda kubur. Gear-gear hitam monolitik berputar di latarbelakangnya, dan iluminasi daripada matahari terhalang oleh sebuah kabus tebal yang melindungi pandangan kaki langit. Kabut hitam terapung di bayu ringan di setiap pelosok dunia ini, dan semarak api dari penempaan besi dan keluli bangkit dari bumi seperti buih-buih dalam air.

Dalam Unlimited Blade Works, terdapat setiap bahan mentah dan sihir yang diperlukan untuk melaksanakan Penyurihan, membenarkan Archer untuk mencipta apa sahaja pedang atau bilah dengan hanya melihatnya. Tambahan pula, penyurihannya membenarkan dirinya untuk mewarisi kemahiran daripada pemilik asal pedang-pedang dalam genggamannya, membenarkan Archer untuk "mahir dengan segera" sebaik sahaja dia menyurih senjatanya. Namun begitu, imaginasi manusia tidak mampu untuk mengkonsepsikan setiap inci kewujudan sebuah objek dengan hanya satu deria sahaja,[2]lalu kualiti pemikatan pada setiap senjata surihan akan turun satu tahap, tidak akan serupa dengan yang asal. Pedang dan lembing selalunya digunakan, tetapi perisai juga mampu disurih menggunakan Mana yang lebih tinggi (tiga kali ganda jumlahnya). Archer juga mampu mengapungkan senjata-senjata dalam Marmar Realitinya, melontar pedang-pedang ke udara dan kemudian menjatuhkan mereka seperti titisan hujan pada badan musuh. Kebanyakan Noble Phantasm dalam Unlimited Blade Works adalah salinan daripada senjata-senjata lagenda yang diarkibkan dalam Gate of Babylon, meskipun beberapa yang lain (disenaraikan di bawah) disurih oleh Archer dalam kehidupannya selepas itu.

Mentera berikut merupakan baris-baris dalam Marmar Realiti Archer yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Perkataan dan ayat yang digunakan berbeza sedikit dengan mentera Shirō.

Versi Unlimited Blade Works Archer
"Aku tulang pedangku.
Besi keluli tubuhku, dan semarak api darahku.
Aku telah mencipta lebih seribu pedang.
Tidak dikenali kematian.
Tidak dikenali kehidupan.
Telah menahan keperitan untuk mencipta banyak senjata.
Namun, kehendak tangan-tangan itu memegang sesuatu tidak akan tercapai.
Yakni aku berdoa, "Kejadian Pedang Tidak Terhad".

Mentera ini diubah dalam versi alihan suara bahasa Inggeris, namun beberapa perkataan dan baris digunakan dan tidak ditukar.

Kanshō dan Bakuya
  • Kanshō (Jepun: かんしょう) dan Bakuya (Jepun: ばくや): Gàn Jiàng (干将) dan Mò Xié (莫耶)
Tahap: C-
Jenis: Anti-Unit
Sepasang falchion Kan-Dao Cina, setiap satu melambangkan kuasa-kuasa yang berlawanan dalam Yin Yang. Kedua-dua bilah pedang ini boleh dilontar seperti bumerang, mengikuti gerak langkah lawan yang tidak sedar akan serangan mereka; jika satu pedang dilontar, pedang tersebut akan kembali ke genggaman penggunanya selagi pedang kembarnya masih dipegang. Apabila diperkukuh dengan sihir Pengukuhan, bilah-bilah ini akan memanjang hampir dua kali ganda panjang asalnya dan berupa bulu-bulu pelepah yang koyak; bentuk ini dikenali sebagai Kanshō dan Bakuya.
"Jiwa kami, keras namun teguh
Kuasa kami, menghancurkan gunung-ganang
Bilah-bilah kami, pembelah air
Nama-nama kami, bergema ke vila
Hanya satu di antara kita yang mampu berdiri di bawah syurga"
Nama kedua-dua pedang kembar ini mempunyai lagenda silam daripada zaman Musim Bunga dan Gugur dalam Sejarah Cina, di mana seorang tukang besi bernama Gan Jiang diperintah oleh Raja Wu untuk menghasilkan dua bilah pedang yang terbaik pernah diciptanya, di bawah ancaman hukum bunuh. Bersama isterinya Mo Xie, Gan Jiang mengembara ke gunung-ganang, di mana dia menjumpai sebuah meteorit yang gugur daripada langit, terkandung di dalamnya bijih logam yang sangat istimewa. Walaupun telah mencuba sedaya upayanya, penukul Gan Jiang tidak dapat membentuk bahan yang keras itu. Risau dan gerun akan nyawa suaminya yang berada di tangan Maharaja Wu, Mo Xie mengorbankan dirinya pada penempaan suaminya. Gan Jiang terkejut dan sedih, tetapi pengorbanan Mo Xie membekalkan api dengan haba yang mencukupi untuk membenarkannya membentuk besi tersebut. Hasilnya, dua bilah pedang kembar "lelaki" dan "wanita", dinamakan dalam kehormatan tukang besi lagenda itu dan isteri kesayangannya.


Caladbolg II
  • Caladbolg II (Jepun: カラドボルグII, Hepburn: Karaduborugu II): Pedang Berlingkar Palsu (Jepun: 偽・螺旋剣, Hepburn: Gi rasenken)
Tahap:
Jenis: Anti-Unit
Pedang berpintal yang diperbuat daripada marmar ini dihias Archer menerusi pengubahsuaian Caladbolg, senjata lagenda Fergus mac Róich dalam Mitologi masyarakat Ireland. Biasanya digunakan sebagai sebuah anak panah kerana kegunaan Mananya yang sedikit, Archer mengubah Caladbolg yang asal supaya bentuknya lebih aerodinamik. Apabila ditembak sebagai Khayalan Pecah, pengeluaran tenaga Caladbolg II kira-kira bersamaan dengan satu serangan tahap "A". Perwira berbangsa Celt bernama Cú Chulainn mempunyai suatu sumpahan yang dikenakan terhadap Caladbolg, di mana jika dipaksa menentang seseorang daripada Ulster yang menggunakan senjata itu, dia harus mengaku kalah.


Rho Aias menghentikan Gáe Bolg
  • Rho Aias (Jepun: ロー・アイアス, Hepburn: Rō Aiasu): Tujuh Bentuk Cincin Yang Meliputi Syurga Berapi (Jepun: 熾天覆う七つの円環, Hepburn: Shiten ōu nanatsu no enkan)
Tahap:
Jenis: Sokongan
Sejenis sihir perlindungan yang sugguh berkuasa, dan satu-satunya Noble Phantasm jenis sokongan yang dipraktikkan dan dimahirkan oleh Archer. Asalnya sebuah perisai gangsa gergasi berlapiskan tujuh lapis kulit lembu, pengaktifan Noble Phantasm ini mewujudkan tujuh kelopak bunga berprisma berturut-turut, di mana setiap kelopak menurut kekuatan perlindungan sebuah kubu. Di antara artifak-artifak lagenda Noble Phantasm, Rho Aias terkenal kerana senjata ini mengandungi rintangan luar biasa dan tidak ada bandingannya terhadap segala jenis tombak atau lembing. Perisai ini pernah dimiliki oleh Telamonian Ajax, seorang pahlawan Greek daripada Iliad yang pernah bertarung setara dengan Hector di Troy.


Archer menarik Hrunting
  • Hrunting (Jepun: フルンディング, Hepburn: Huruntingu): Anjing Buruan Dataran-dataran Merah (Jepun: 赤原猟犬, Hepburn: Akahara ryōken)
Rank:
Type: Anti-Unit
Sebilah pedang jet yang tebal dan bergerigi, pertama kalinya dilihat dalam Fate/hollow ataraxia oleh Archer. Apabila ditembak sebagai Khayalan Pecah, Hrunting secara aktifkan mencari arah yang terbaik kepada sasarannya selagi Archer masih menyasarkan serangannya ke arah lawannya itu. Tembakannya akan sentiasa mengikut sasarannya mahupun jika bilahnya dielak, dipesongkan, atau ditahan. Noble Phantasm ini juga akan menembusi apa-apa halangan dalam arahnya, dan memiliki kuasa yang mencukupi untuk memintas empat lapisan Rho Aias. Dalam Dene, sebilah pedang sakti bernama Hrunting dianugerahkan kepada pahlawan bernama Beowulf oleh Unferth, dan kemudiannya gagal digunakan dalam sebuah pertarungan dengan sebuah gergasi ettin yang dikenali dengan nama Ibu Grendel, meskipun Beowulf berterima kasih kepada Unferth di atas anugerahnya itu.


Identiti Sebenar[sunting | sunting sumber]

Identiti sebenar Archer ialah Shirō Emiya yang dewasa, watak utama Fate/stay night. Dia pada akhir perang Holy Grail kelima merupakan pemenangnya, dan seorang jelmaan hidup "Wira Keadilan". Takhta Wira-wira, yang mengekalkan roh-roh semua Roh Epik, wujud diluar setiap garisan masa konvensional, justeru Archer boleh diseru dari mana-mana garisan masa tercatat dalam sejarah. Tangkal yang digunakan Rin sebagai pemangkin untuk menyeru Archer adalah tangkal yang sama yang digunakannya untuk menyelamatkan nyawa Shirō.

Sejarahnya berbeza jika dibandingkan dengan diri Shirō dari mana-mana senario dalam Fate/stay night, tetapi ia adalah paling serupa dengan Shirō dalam senario Fate. Archer kekal sebagai bekas Master kepada Saber, tetapi tidak mustahil jika Avalon, salah satu Noble Phantasm Saber, tidak pernah dikeluarkan daripda tubuhnya. Archer mengambil berat tentang Illyasviel von Einzbern, and kegagalannya menghentikan kematian Ilya setahun selepas tamatnya perang itu merupakan melapetaka yang paling dikesalinya. Pada suatu masa dalam kehidupannya dalam masa depan, Archer mendapati dirinya tidak mampu untuk menyelamatkan kehidupan beberapa ratus orang. Lalu, untuk mengubah takdir ini, dia membuat satu perjanjian dengan dunia, di mana sebagai bahan tukaran untuk satu keajaiban untuk berlaku, dia diwajibkan untuk berkhidmat sebagai seorang Roh Epik. Kemudian, salah satu daripada mereka yang diubah takdirnya menggunakan Archer sebagai mangsa politikal, melaksanakan Archer di bawah tuduhan-tuduhan jenayah perang untuk keganasan dan kemusnahan liar.

Sepanjang kerjaya Archer sebagai seorang Hero Epik, dia berjuang bersama-sama keraguan yang serupa dengan ayahnya, Kiritsugu; di mana jika satu nyawa diselamatkan, satu lagi harus ditinggalkan mati. Selepas bertempur dalam pelbagai pertarungan yang akan datang, dia berasa gerun apabila mendapati dirinya membunuh mereka yang bersalah dan tidak bersalah tanpa mendatangkan sebarang perbezaan atau keperluan. Tanpa diketahuinya, diri Shirō dahulu yang sentiasa berfikiran positif menyedari akan kesimpulan pesimistik yang telah dielakkannya selama ini, di mana percubaan untuk menyelamatkan setiap nyawa manusia adalah tidak berguna, kerana seharusnya terdapat beberapa nyawa yang perlu dikorbankan untuk menyelamatkan yang lain. Mengakui akan konsep ini mengecewakan Archer, kerana kepercayaan ini telah mengkhianatinya dan menjatuhkan tujuan dedikasinya untuk melindungi manusia.

Penuh dengan hati yang kecewa, pahit, dan marah, Archer bergantung pada harapan kecil di mana dia akan diseru kembali sebagai seorang Servant dalam perang Holy Grail yang kelima, di atas alasan untuk membunuh diri remajanya dan menyebabkan paradoks masa. Archer fikir menerusi cara ini dia boleh melepaskan Shirō daripada derita yang akan diharunginya apabila dia sedar akan kepalsuan idealnya.

Dalam senario Unlimited Blade Works, Archer menyatakan bahawa tiada gunanya jika dia membunuh Shirō, kerana Archer sendiri dan Shirō telah menjadi dua individu yang sangat ketara perbezaannya untuk dikatakan serupa, dan kematian Shirō tidak akan membebaskan Archer daripada kutukan abadinya. Tetapi dia tetap meneruskan tentangannya terhadap Shirō supaya dia boleh "melepaskan" kekecewaannya.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Sepanjang perang kelima Holy Grail, Archer bersikap kasar, pesimistik, dan apatetik kepada setiap seorang yang berkomunikasi dengannya, termasuklah Tuannya sendiri, Rin. Kadang-kala, Archer juga seringkali memberontak meskipun bersikap tenang melakukannya. Disebabkan kelakuannya ini, Rin terpaksa menggunakan satu daripada tiga Mantra Perintahnya untuk memaksa Archer mendengar arahannya; sihir ini cukup sukar untuk ditentangi Archer. Meskipun dia tidak menghiraukan dirinya dalam perang itu (Shirō), dan sering memberontak dan kelihatan berlagak, dia mengambil berat tentang mereka yang dikenalinya, lebih-lebih lagi Ilya, Rin dan Saber. Archer gagal mengingati identiti sebenarnya dari awal siri ini akibat kesilapan penyeruan yang dilakukan Rin, tetapi dia tetap melupakan Shirō dan mengambil berat tentang Rin dan Ilya.

Dalam senario Fate, Archer awal-awal lagi telah dicederakan dengan parah oleh Saber, dan dia tidak bertarung sehingga dia diseru Rin untuk melambatkan Berserker supaya Tuannya, Shirō dan Saber sempat melarikan diri daripada musuhnya. Meskipun masih cedera, Archer mampu bertarung setaraf dengan Berserker dan membunuhnya sebanyak enam kali sebelum dirinya terbunuh.[3] Dalam siri anime Fate/stay night, Fate Project telah menulis semula babak pertarungan Archer dan Berserker ini dengan mempamerkan Marmar Realiti Archer, Unlimited Blade Works, meskipun dia sekadar berjaya membunuh musuhnya sebanyak lima kali.[4]

Dalam senario Unlimited Blade Works, peranan Archer diutamakan dan wataknya sebagai watak antagonis utama dibentangkan kepada para pemain dengan lebih meluas. Peluangnya untuk membunuh Shirō muncul disebabkan dua kejadian: Saber gagal mencederakannya apabila Archer dan Tuannya menuju ke rumah Shirō selepas Saber diseru (yang merupakan titik pembahagian di antara senario Fate dan Unlimited Blade Works), dan disebabkan kematian Rider yang awal oleh Caster dan Tuannya. Kedua-dua kejadian ini telah menghapuskan keadaan yang memaksa Saber untuk menggunakan Mananya yang terhad menerusi Excalibur, menggalakkan Rin untuk meninggalkan Archer untuk berlawan dengan Berserker secara solo.

Saber hampir dibunuh oleh Berserker; namun, Archer menggantikan tempatnya, tetapi tidak sanggup merisikokan nyawa Ilya, lalu dia mengelakkan pertarungan bersama Berserker secara langsung. Apabila tiba peluangnya, Archer mencipta sebuah kebakaran besar untuk mengalih perhatian Berserker supaya mereka yang lain mampu melarikan diri masing-masing. Selepas Taiga dan Saber diculik oleh Caster, Archer mengkhianati Rin dan bersekutu dengan Caster; semasa Shirō dan Rin menceroboh gereja Kirei di mana Caster berada, Archer dihalang oleh lancer. Dia kemudiannya mengkhianati dan menyerang hendap Caster dan Tuannya, yang berakhir dengan kematian mereka. Lalu, Archer memerangkap Rin, Shirō dan Saber di dalam dunia maya Unlimited Blade Works; di bawah kepayahan menggunakan Excalibur yang akan membawa padah kepada dirinya, Saber tidak mempunyai pilihan dan buntu. Situasi ini akhirnya diwakili oleh dua pihak yang menentang sesama sendiri, iaitu Shirō dan Archer sendiri. Pertarungan ini mula-mula dikuasai oleh Archer, namun jatuh ke tangan Shirō selepas Servant itu diingatkan tentang dedikasi dirinya terhadap idealnya setelah menyaksikan keazaman dan kecekalan yang dipamerkan Shirō. Archer kemudiannya lenyap selepas melindungi Shirō daripada serangan Gilgamesh yang mengejut. Dia kemudiannya muncul kembali pada akhir-akhir senario itu untuk mengalahkan Gilgamesh, yang lemah dan diperangkap Shirō. Selepas berbicara dengan Rin, Archer hilang kembali dengan sebuah senyuman yang terukir di bibirnya, penuh keyakinan dan berpuas akan pilihan yang telah dipilih dirinya itu.

Akhirnya, dalam senario Heaven's Feel, Archer meninggalkan hasratnya untuk membunuh Shirō selepas dia mendapati perkara yang mencemarkan Holy Grail perang itu. Juga, Shirō sendiri telah meninggalkan ideal kehidupannya untuk minatnya menyelamatkan nyawa Sakura. Archer dicederakan apabila menentang True Assassin, Black Saber, dan "The Shadow", tetapi dia kekal bernyawa sehingga dia "memberi" Shirō tangan kirinya, yang kehilangan lengannya dalam pertarungan yang sama. Shirō kemudiannya menggunakan tangan kiri Archer dalam pertarungan menentang Black Berserker, Dark Saber dan Kirei, dan juga untuk menyurih Pedang Permata Zelretch.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fate/stay night (TV) di Ensiklopedia Anime News Network
  2. ^ TYPE-MOON (2004). Novel visual Fate/stay night, Hari ke-12.
  3. ^ TYPE-MOON (2004). Novel visual Fate/stay night: senario Fate, Hari ke-11.
  4. ^ Studio DEEN (2006). Siri anime Fate/stay night, episod 14.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]