Archibald Paris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Brigedier Jeneral Archibald Charles Melvill Paris, DSO, MC adalah seorang pegawai Tentera British. Archibald Charles Paris adalah anak lelaki kepada Mejar Jeneral Archibald Paris, KCB dan Lady Paris (née Melvill). Archibald Charles Paris berkahwin dengan Ruth Norton Paris, yang menjadi janda selepas kematiannya.

Pertempuran Malaya[sunting | sunting sumber]

Dalam bulan Disember 1941, Brig. Archie Paris memerintah 12 Briged Infantri India yang menjadi salah satu briged yang ditugaskan di garison Singapura. Apabila Jepun menyerang Tanah Melayu 12 Briged pimpinan Paris masih di Singapura sebagai pasukan simpanan Markas Gerakan Tanah Melayu . Peperangan di bahagian utara Semenanjung tidak berjalan dengan baik dan 11 Divisyen India mengalami kekalahan demi kekalahan dan terpaksa berundur ke selatan.

Apabila keadaan menjadi getir, 12 Briged pimpinan Paris dihantar ke utara untuk memberikan perlindungan kepada pengunduran 11 Divisyen. 12 Briged berjaya melaksanakan tugasan ini dengan baik dan ini memeranjatkan pihak Tentera Jepun. 12 Briged berjaya menyebabkan kadar korban perang yang tinggi di kalangan Tentera Jepun terutama sekali ke atas unit-unit yang memperkecilkan kebolehan Tentera British.

Apabila Lt. Jen. Percival menyingkirkan Mej. Jen. David Murray-Lyon sebagai Panglima 11 Divisyen, Paris mengambil alih sementara tugas panglima sehingga diambil alih oleh Mej. Jen. Billy Key

Brig. Jen. Paris adalah antara hanya beberapa orang pemimpin Tentera British yang telah menunjukkan kebolehan berperang dengan cemerlang menentang Tentera Jepun berbanding dengan kebanyakan pegawai lain.

Kapal Rooseboome[sunting | sunting sumber]

Apabila Singapura jatuh ke tangan Tentera Jepun pimpinan Tomoyuki Yamashita, Percival cuba menyelamatkan anggota-anggota yang telah menunjukkan kebolehan berperang dengan baik dan melarikan mereka ke Australia. Brig. Jen. Paris adalah salah seorang yang terpilih untuk melarikan diri ke Australia. Dia menaiki bot kecil untuk ke Sumatra. Di Padang, dia menaiki kapal Belanda Rooseboome seberat 1,035 Ton untuk ke Ceylon.

Rooseboome meninggalkan Padang pada 26 Februari 1942, dengan ramai pelarian daripada Singapura. Pelayaran berjalan baik tanpa insiden. Di atas kapal, penumpang mengadakan keraian untuk meraikan kejayaan mereka melarikan diri dari Singapura ke Ceylon. Kira-kira 36 jam pelayaran daripada Colombo, Rooseboome dikesan oleh kapal selam I-59 yang menyerangnya dengan torpedo. Rooseboome tenggelam dalam masa 4 minit sahaja.

Brig. Jen. Paris terselamat daripada penenggelaman kapal Rooseboome dan berjaya menaiki sebuah bot penyelamat (lifeboat) bersama 135 orang penumpang lain. 80 orang berada di dalam bot penyelamat itu sementara yang lainnya bergayut kepada tali dan puing yang lain. Tetapi Brig. Jen. Paris tidak terselamat dan mati di dalam bot tersebut yang hanyut sejauh 100 batu selama 28 hari sehingga tersadai di sebuah pulau kecil di Sumatra. Akhirnya hanya 5 orang penumpang yang terselamat.

Dalam keadaan yang kelam kabut itu, Brig. Jen. Paris mengambil alih kuasa dan mententeramkan keadaan. Walaupun demikian, apabila bekalan air kehabisan, ramai yang tidak tahan menanggung derita terjun ke laut dan lemas. Sekumpulan askar menempatkan diri mereka di haluan bot dan pada malam menolak mereka yang terlalu lemah ke dalam laut untuk mati supaya catuan makanan boleh dipanjangkan. Brig. Jen. Paris sendiri mengalami keadaan meracau-racau sebelum dia koma dan kemudiannya mati.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]