Archibald Wavell, Earl Wavell Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fil Marsyal Sir Archibald Wavell

Fil Marsyal Archibald Percival Wavell, Earl Wavell Pertama GCB, GCSI, GCIE, CMG, MC, PC (5 Mei 1883 – 24 Mei 1950) ialah seorang komander kanan Tentera Darat British. Beliau berkhidmat dalam Perang Boer Kedua, dan Kempen Lembah Bazar. Beliau tercedera dalam pertempuran Ypres dalam Perang Dunia Pertama. Beliau juga berkhidmat dalam Perang Dunia Kedua, pada awalnya sebagai Panglima Tertinggi Timur Tengah (Commander-in-Chief, C-in-C). Sebagai C-in-C, beliau memimpin angkatan British menewaskan angkatan Itali dalam kempen di wilayah timur Libya dan barat Mesir dalam Operasi Compass dalam bulan Disember 1940. Malangnya beliau ditewaskan tentera Jerman di Gurun Barat dalam bulan April 1940. Beliau berkhidmat sebagai Panglima Tertinggi India (Commander-in-Chief, C-in-C India]], dari Julai 1941 hingga Jun 1943 (selain daripada perkhidmatan singkat sebagai Komander ABDACOM) dan kemudian berkhidmat sebagai Wizurai India sehinggalah persaraan beliau dalam bulan Februari 1947.