Arianisme
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Arianisme biasanya merujuk pada ajaran-ajaran agama yang diwarwarkan oleh seorang ahli agama, Arius (250-336) yang tinggal dan mengajar di Iskandariah, Mesir pada awal kurun ke-4. Ajaran-ajaran Arius yang paling kontroversi menyentuh hubungan antara Tuhan Bapa dan diri Jesus dan bertentangan ajaran Triniti yang mendominasi Gereja (dan kemudiannya dipertahankan oleh Gereja Rom Katolik, Gereja Ortodoks Timur dan banyak mazhab Protestan).
Istilah Arianism juga merujuk pada sistem-sistem keagamaan bukan triniti yang lain pada kurun ke-4 yang menganggap Anak Tuhan, Logos sebagai makhluk (sebagaimana dalam Arianisme asli dan Anomoeanism) atau sebagai makhluk dan tidak pula bukan makhluk dalam ertikata kejadian lain (sebagaimana dalam separa Arianisme).
[sunting] Asal-usul
Arius mengajar bahawa Tuhan Bapa dan Tuhan Anak tidak wujud bersama-sama secara abadi. Malahan, Arius mengajar bahawa Jesus yang pra-inkarnasi adalah zat ilahi yang dicipta (dan kemungkinan lebih rendah tarafnya daripada) Bapa pada sesetengah titik, sebelum Anak tidak wujud. Dalam karya-karya berbahasa Inggeris, kadang kala dikatakan bahawa golongan Arius percaya bahawa Jesus adalah atau pernah menjadi "makhluk"; dalam konteks ini, perkataan tersebut digunakan dalam ertkatanya yang asal iaitu "zat yang diciptakan".
Dalam banyak-banyak ketidaksefahaman dalam Gereja Kristian, kontroversi Arius mempunyai kekuatan dan kuasa terbesar dalam konflik agama dan politik, dengan pengecualian mungkin Reformasi Protestan. Konflik antara Arianisme dan kepercayaan Triniti adalah konfrontasi utama pertama dalam Gereja selepas pengesahan agama Kritian oleh Maharaja Rom, Constantine I.
Kontroversi terhadap Arianisme mula meningkat pada akhir kurun ke-3 dan berlanjutan sepanjang sebahagian besar kurun ke-4 dan membabitkan kebanyakan anggota gereja, penganut biasa, paderi dan biarawan dan juga biskop, maharaja dan anggota keluarga diraja Rom. Pun begitu, kontroversi dalam Gereja yang sebegitu dalam tidak dapat menjelma pada kurun-kurun ke-3 dan 4 tanpa beberapa pengaruh penting sejarah yang menyediakan asas-asas doktrin golongan Arius. Kebanyakan sejarawan Kristian ortodoks atau aliran utama mentakrifkan konflik golongan Arius dan meminimakannya sebagai gagasan eksklusif Arius dan segolongan kecil biskop meta yang terlibat dalam "ajaran sesat". Dalam anggaran 300 orang biskop yang menghadiri Persidangan Nicea, hanya tiga orang biskop tidak menandatangani Syahadat Nicea.
Bagaimana pun, terdapat bukti bahawa pandangan berbeza yang sangat meluas mengenai sifat semula jadi al-Masih yang dipegang oleh penganut Kristian dalam Gereja Terawal. Hanya setelah perbalahan mengenai Arius mempolitikkan debat tersebut dan penyelesaian "katolik" atau umum bagi perdebatan itu dicari, dengan majoriti besar berpegang pada ajaran triniti, iaitu ajaran Arius diisytiharkan sebagai heterodoks. Yang ironinya ialah Gereja Roman Katolik mengkuduskan Lucian dari Antioch sebagai seorang pemimpin Kristian terawal yang bijaksana dan berbakat dan sebagai syahid, sekalipun Lucian mengajar perkara yang amat serupa dengan apa yang dikenali kemudiannya sebagai Arianisme. Arius adalah pelajar akademi persendirian Lucian di Antioch. Golongan Ebionit yang berada di kalangan kumpulan Kristian terawal, juga mungkin pernah mempertahankan doktrin yang serupa yang dapat dikaitkan dengan ajaran Kristian formal Lucian dan Arius.
[sunting] Catatan
[sunting] Pautan luar
- Catholic Encyclopeia: Arianism
- Christian Cyclopedia: Arianism
- Concordia Cyclopedia: Arianism (page 1) (page 2) (page 3)
- Holy Arian Catholic and Apostolic Church (Arian Catholic viewpoint)
- Believe: Arianism
- Jewish Encyclopedia: Arianism
- Concise Summary of the Arian Controversy [1]
- English translations of all extant letters relating to early Arianism
- A map showing the location of early sympathizers with Arius, and providing English translations of the ancient sources for this information