Arisaka Model 99

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Arisaka Model 99 atau Rifle pengulang Arisaka Model 99 dan variasi 7.7 mm (0.3 inci) merupakan senjata keluaran Jepun.


Binaan[sunting | sunting sumber]

Rifle Arisaka Model 99 dibina berasaskan Rifle Arisaka Model 38 berkaliber 6.5 mm. Semasa Perang China-Jepun Pertama terdapat keperluan bagi rifle dan peluru yang lebih baik. Dengan itu pada 1939 pada akhir 1930-an Rifle Arisaka Model 99 dihasilkan dengan mengubah suai menggunakan Rifle Arisaka Model 38 berkaliber 6.5 mm kepada kaliber 7.7 mm (0.3 inci) dan lebih mudah dikendalikan. Kedua-duanya merupakan rifle pengulang insani, sama seperti Mauser 98K Eropah atau Mannlicher-Carcano.

Arisaka Model 99 berkaliber 7.7 mm (0.3 inci) dan lebih mudah dikendalikan berbanding Arisaka Model 38 sebelumnya. Ia memiliki berat 8.36 paun tanpa kelopak peluru. Ia memiliki pecutan laras 2,477 kaki sesaat. Kelopak pelurunya mampu memuatkan 5 peluru dengan jarak membunuh pada 656 ela.

Sungguhpun senjata serdahana ini sepatutnya menjadi senjata piwaian bagi tentera Jepun, ia tidak pernah dihasilkan dalam bilangan yang mencukupi bagi dibekalkan pada semua tentera, dengan itu Model 38 kekal digunakan sehingga 1945. Keseluruhannya sekitar 10 juta rifle jenis Arisaka telah dihasilkan antara 1897 sehingga 1945.