Armando Dippet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Watak Harry Potter
Armando Dippet
Jantina Lelaki
Warna rambut Kelabu
Warna mata Biru
Sekolah Hogwarts
Keturunan Sihir
Kemunculan pertama Harry Potter and the Chamber of Secrets (buku)

Armando Dippet adalah satu watak rekaan penyihir dan merupakan bekas Pengetua Hogwarts dalam siri Harry Potter karya J. K. Rowling. Beliau memegang jawatan sebagai pengetua sebelum Albus Dumbledore mengambil alih jawatan itu.

Templat:Spoiler Dippet pertama kali muncul dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets sebagai Pengetua Hogwarts ketika Tom Marvolo Riddle masih menjadi pelajar di sana dan ketika peristiwa terbukanya Bilik Rahsia. Pembukaan Bilik Rahsia ini menyebabkan pelajar lain iaitu Myrtle terkorban. Dippet yang tidak menyedari bahwa Riddle yang merupakan dalang di sebalik serangan itu, mempercayai kata-kata Riddle yang mengatakan raksasa yang membunuh itu adalah peliharaan Rubeus Hagrid. Menurut Riddle, Dippet kemudian melarangnya mengungkit mengenai peristiwa itu dan menutupi kematian Myrtle sebagai "kemalangan yang ganjil"[HP2].

Dippet menolak untuk membenarkan Tom untuk tinggal di sekolah ketika cuti musim panas. Kejadian ini dapat dilihat oleh Harry dalam ingatan diari Tom Riddle[HP2]. Dippet berhenti menjadi pengetua pada tahun 1956, tapi tidak diketahui adakah beliau mengundurkan diri atau meninggal dunia[HP5][HP6]. Dippet memiliki potretnya di dinding pejabat pengetua sekolah, sehinggakan beliau masih dapat berbincang mengenai hal-hal terkini dengan lukisan potret para pengetua sekolah sebelumnya dan pengetua sekolah terkini yang sedang menjawat[HP5]. Beliau digantikan oleh Albus Dumbledore, yang ketika sebagai Timbalan Pengetua dan mengajar kelas Transfigurasi.

Dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, ternyata bahawa Tom Riddle inginkan jawatan sebagai guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam segera setelah ia lulus dari Hogwarts. Armando Dippet menolaknya dengan alasan Riddle masih terlalu muda, dan mengatakan bahawa dia boleh mencuba lagi setelah beberapa tahun. Albus Dumbledore kemungkinan turut mempengaruhi keputusan ini kerana Dippet agak menyukai Riddle[HP6].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]