Arthur John Arberry

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Arthur John Arberry (Portsmouth, 12 Mei 1905 – Cambridge, 2 Oktober 1969) adalah seorang orientalis British. Seorang sarjana prolifik Arab, Parsi dan Islam, beliau mendapat pendidikan di Portsmouth Grammar School dan Pembroke College, Cambridge. [1] Selepas menjadi Ketua Jabatan Klasik do Universiti Kaherah di Mesir, Arberry kembali ke UK untuk menjadi Pembantu Pustakawan di Perpustakaan India Office. Semasa perang beliau merupakan Penapis Pos di Liverpool[perlu rujukan] dan kemudian dipinjamkan ke Kementerian Maklumat, London. Seterusnya Arberry dilantik sebagai Pengerusi Parsi School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London 1944-47. Akhirnya beliau menjadi Sir Thomas Adams's Professor of Arabic di Universiti Cambridge dan Felo Pembroke College, Cambridge, alma mater beliau, dari 1947 hingga kematiannya pada 1969.

Terjemahan al-Quran Arberry The Koran Interpreted merupakan antara yang paling dihormati oleh seorang sarjana bukan-Muslim.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b The Koran: Interpreted - Oxford Islamic Studies Online

Pautan luar[sunting | sunting sumber]