As'ad Motawh
As'ad Motawh | |
---|---|
Kelahiran | As'ad Ahmad Muhammad Motawh 3 September 2001 |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, penulis lirik |
Tahun aktif | 2017 – kini |
Ibu bapa | Datuk Yustita J Al-Djabbarn (ibu) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | alfarecords Beegood Music |
As'ad Ahmad Muhammad Motawh atau lebih dikenali sebagai As'ad Motawh dilahirkan pada 3 September 2001 ialah seorang penyanyi dan penulis lagu yang berasal dari Selangor, Malaysia
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Debut tunggal sulungnya, Senyum yang diterbitkan di saluran Beegood Music YouTube telah memperoleh 500,000 tontonan dalam hanya 4 hari. Sebelum kemasyhuran pada bulan Oktober 2015, beliau memulakan suapan Instagram dan menyiarkan fotografi abstrak serta model seperti gambar dirinya [1]. Trivia beliau telah mencatatkan beliau mempunyai lebih daripada 380,000 pengikut Instagram.Beliau juga terkenal dengan memuat naik lagu Luis Fonsi & Justin Bieber iaitu Despacito.Lagunya iaitu Senyum akan datang ke Indonesia. [2]
Pada tahun 2019, As'ad telah melakukan konsert jelajah iaitu The Percaya Tour di seluruh Malaysia dan turut menampilkan bintang baharu Isma Sane & Outbreak.As'ad juga telah mengeluarkan single terbaru berjudul Selamanya pada 13 September 2019 di akaun Youtube beliau [3] [4].
Diskografi[sunting | sunting sumber]
Single[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Album | Nota |
---|---|---|---|
2017 | "Senyum" | Tiada album single | |
2018 | "Percaya" | ||
2019 | "Warna" | ||
"Selamanya" | |||
2020 | "Milo Flip Flap Flat" | lagu single kerjasama dengan MILO Malaysia bagi Projek Careton |
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2020 | Mulut Masin | Roy | Filem pertama |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2018 | Batang Buruk Batu Lesung | Aiman | Astro Ria |
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2017 | Anugerah Top Hot 2017 | Penyanyi Baru Hot 2017 | Menang |
2018 | Anugerah MeleTOP Era 2018 | Artis Baru MELETOP | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 | Artis Baru Lelaki Popular | Tercalon |
Kontroversi[sunting | sunting sumber]
As'ad Motawh menjadi tular dengan kenyataan kontroversi menganggap sekolah hanya buang masa sahaja bila miliki 300,000 followers di instagram.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- As'ad Motawh di Instagram
- As'ad Motawh di Youtube
- ^ 18 Ogos 2017. As'ad Motawh Senyum (Offical Video)
- ^ As'ad berlakon di Indonesia. mstar.
- ^ Sering dihambat kontroversi. harian metro. Dicapai pada 23 Jun 2020.
- ^ Lagu Selamanya kisah benar mengenai kemurungan. harian metro. Dicapai pada 23 Jun 2020.