As-Salihin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
as-salihin Trustee Berhad
Jenis/bentuk sahSyarikat amanah
IndustriPerancangan Harta Islam
DitubuhkanDitubuhkan pada 23 Oktober 2004
PengasasTun Dato' Dr. Haji Mohamed Salleh Abas, Tunku Dato' Dr. Hajjah Sofiah Jewa, Datuk Dr. Jemilah Mahmood
Ibu pejabatKuala Lumpur,
Malaysia Malaysia
Kawasan perkhidmatanMalaysia Malaysia
Tokoh pentingTuan Haji Abdul Aziz Peru Mohamed, Company CEO
KeluaranPenulisan wasiat, penyimpanan wasiat dan amanah
Tapak webhttp://www.as-salihin.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


as-Salihin Trustee Berhad diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, as-Salihin adalah sebuah Syarikat Amanah yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan umat Islam untuk memelihara, melindungi dan mengagihkan harta hasil titik peluh mereka untuk manfaat orang-orang tersayang apabila mereka meninggal dunia kelak.as-Salihin Trustee Berhad cukup sinonim sebagai pakar perancang harta pusaka Islam yang mampu menguruskan segala masalah-masalah pembahagian harta dan lain-lain.


Senario[sunting | sunting sumber]

Perancangan Harta Pusaka sangat penting dalam kehidupan seseorang manusia. Walau bagaimanapun, ramai umat Islam khususnya yang masih lagi tidak sedar akan kepentingan membuat perancangan harta pusaka Islam. Kurangnya kesedaran dan ilmu mengenai perancangan harta pusaka Islam akan menyebabkan kerugian dari pelbagai aspek. Menurut kajian yang dilakukan oleh U.S department of state (2006), umat Islam di Malaysia berjumlah 16 247 600 orang. Ini adalah satu jumlah yang besar akan tetapi 99% umat Islam di Malaysia tidak menulis wasiat bermakna mereka tidak melakukan perancangan harta pusaka mereka.

Sikap tidak mengendahkan kepentingan perancangan harta pusaka Islam ini boleh menyebabkan ekonomi negara terjejas. Ini boleh dibuktikan dengan pertambahan tanah-tanah yang tidak boleh dimajukan kerana dibekukan selepas kematian pemilik tanah. Menurut kenyataan akhbar dalam New Sunday Times pada 28 Januari 2007, sebanyak RM 40 Bilion wang dan aset yang tidak dituntut selepas kematian. Ianya merangkumi RM 38 Bilion hartanah, RM 1.5 Bilion wang tunai, RM 70 Juta daripada wang simpanan pekerja (KWSP), dan terdapat lebih kurang 1 Juta tanah yang masih dinamakan atas pemilik yang telah meninggal dunia. Hal ini boleh menyebabkan kerugian kepada kita dari segi ekonomi dan sebagainya. Kesedaran tentang perancangan harta pusaka Islam perlu ditingkatkan bagi mengelakkan kerugian dari pelbagai aspek dari segi ekonomi, agama, dan lain-lain lagi.

Pentadbiran Harta Pusaka Yang Tidak Berwasiat[sunting | sunting sumber]

Apabila seseorang meninggal dunia tanpa Wasiat, seorang pentadbir atau beberapa orang pentadbir mestilah dilantik untuk mentadbir harta simati iaitu dia akan menghimpunkan semua aset serta liabiliti simati serta mengagihkan lebihan harta simati menurut Syari’ah setelah menyelesaikan hutang-hutangnya.Prosedur atau kaedah mentadbir, memohon, melantik dan tugas-tugas serta tanggungjawab pentadbir adalah mengikut peruntukkan undang-undang yang boleh di dapati didalam Akta Probet dan Pentabiran 1959.Sebenarnya, pentadbiran harta pusaka adalah tugas yang berat bagi Wasi yang dilantik di dalam Wasiat dan memilih pentadbir yang salah akan menyebabkan benefisiari berada dalam keadaan menderita. Masalah yang berpanjangan mengenai perlantikan pentadbir akan berlaku, contohnya mengenai permohonan di bawah Seksyen 35 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 yang memerlukan dua orang penjamin untuk mentadbir harta pusaka kecuali dalam keadaan tertentu. Jaminan yang perlu diberi adalah bernilai sama dengan nilai kasar harta pusaka simati. Walau bagaimanapun, Syarikat Amanah boleh mentadbir tanpa perlu mengemukakan penjamin.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]