As-Salih Ayyub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Al-Malik as-Salih Najm al-Din Ayyub (Bahasa Arab: الملك الصالح نجم الدين ايوب‎) (nama gelaran: Abu al-Fituh أبو الفتوح ) (Kaherah, c. 1205 – 22 November 1249 di Al Mansurah), juga dikenali sebagai al-Malik al-Salih merupakan pemerintah daripada Dinasti Ayubiyyah yang memerintah Mesir pada tahun 1240 sehingga 1249.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1221, beliau merupakan seorang tawanan dalam Perang Salib Kelima, sementara John dari Brienne pula adalah tawanan kepada bapa as-Salih iaitu Al-Kamil, sehingga Damietta dibina semula dan dikembalikan kepada Mesir. Pada tahun 1232, beliau telah diberikan Hisn Khayfa di Jazirah (utara Iraq), yang mana telah berjaya ditawan oleh bapanya daripada Ortoqids. Pada tahun 1234, bapanya telah menghantarnya untuk memerintah Damsyik, dan membuangnya sebagai pewaris takhta di Mesir kerana disyaki berkomplot menentangnya dengan puak Mamluk. Bapa saudaranya, as-Salih Ismail kemudian memerintahnya dibunag negeri keluar dari Damsyik, dan beliau telah melarikan diri ke Jazirah, di mana beliau kemudian bersekutu dengan puak Khwarezmia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Al-Adil II
Sultan Mesir
1240 - 1249
Diikuti oleh:
Al-Muazzam Turanshah