Asaari Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Asaari Muhammad atau Ashaari Muhamad (30 Oktober 1937-13 Mei 2010) merupakan pengasas pertubuhan Al-Arqam yang berpusat di Perkampungan Sungai Penchala, Damansara, Selangor, Malaysia.

Beliau dapat dianggap pemimpin Islam yang hebat kerana dapat mengumpul ramai pengikut sejak tahun 1968 hingga 1994. Pada kemuncaknya, beliau dilaporkan memimpin 10,000 pengikut dan menjalankan banyak perniagaan. Al-Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994 kerana fahaman Aurad Muhammadiah.[1] Berikutan itu, Asaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Asaari Muhammad dilahirkan di Kampung Pilin, Rembau, negeri Sembilan. Beliau lebih dipelihara oleh bapa saudaranya yang tidak mempunyai anak. Di Kampung Pilin inilah beliau diperkenalkan dengan wirid Aurad Muhamadiah oleh bapa saudaranya.

Pada tahun 1952, ketika berada di darjah 6, beliau pindah ke Segambut, Kuala Lumpur.

1954-1958 belajar di Madrasah Hishamuddin, Kelang. Bapanya bekerja sebagai Kastam di Kuala Kelang.

1956 menjadi guru kerajaan di Sekolah Kampung Sungai Udang, Teluk Pulai, Kelang, Selangor.

Ketika ini berkenalan dengan cucu Syeikh Muhammad bin Abdullah As Shuhaimi yang bernama Muhamad Abdullah Khairillah bin Muhamad. Ketika ini diajar wirid Aurad Muhamadiah.

1958 telah membaca buku karangan Ustaz Taha Suhaimi di Singapura yang mendakwa datuknya bakal menjadi Imam Mahdi.

Abuya Asaari Muhamad pernah belajar dengan kitab-kitab seperti Hayatul Islam, Al Alqaid Al Durriyah , Ukbudi Ummu Al Barahin, Aqidah al Najin , Nasafi dan Risalah Tauhid yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Johor. Beliau memimpin Darul Arqam selama 26 tahun (dari 1968 hingga 1994).

Meninggal dunia pada 13 Mei 2010 pukul 2.10 petang di Ipoh Specialist Center atas jangkitan paru-paru.[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Rufaqa[sunting | sunting sumber]

Pada 2006 beliau dituduh cuba menghidupkan semula pertubuhan al-Arqam dengan nama baru Kumpulan Rufaqa. Lantaran itu Rufaqa diserbu oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor dan beberapa pemimpinnya telah didakwa.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Fatwa Mengenai Al-Arqam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan