Asas baka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Asas baka merupakan kuda yang merupakan leluhur atau asas kepada baka atau keturunan kuda yang tertentu dalam sesebuah baka. Istilah ini juga digunakan dengan pengertian yang serupa dalam membincangkan anjing baka tulen. Sesekumpulan haiwan boleh digelar asas baka apabila sesebuah atau sesekumpulan baka menyediakan asas genetik yang menjadi dasar untuk sebuah baka yang baru. Ini sering ditemui terutamanya pada baka-baka lebih lama di mana tidak terciptanya daftar baka bertulis hinggalah selepas fenotip baka berkenaan dikenali dengan mantap.