Aseh Che Mat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tan Sri Aseh Che Mat adalah presiden Perbadanan Putrajaya mulai 1 Ogos 2012. Beliau adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.

Pada 9 Julai 2012, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengumumkan perlantikan beliau menggantikan Tan Sri Samsudin Osman yang tamat pada 31 Julai 2012. Pengalaman luas Aseh, 61, dalam hal-ehwal keselamatan sepanjang berkhidmat dalam kerajaan, terutama di KDN, mambolehkan beliau melaksanakan tugas baharu itu dengan lebih berkesan.

Samsudin (1 Ogos 2004-31 Julai 2012) selama 8 tahun . Putrajaya berada dilandasan yang tepat dan mewujudkan pelbagai ikon tersendiri untuk bandar pintar hijau serta dikenali dunia. [1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Anak kelahiran Kuala Pilah pada 1951 ini merupakan bekas pelajar Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur lulusan Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 1974. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Southern California, Amerika Syarikat dan berjaya menggenggam ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran awam pada 1984.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Aseh memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Perbendaharaan Malaysia pada Mac 1974 dan kemudian berpindah ke Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Beliau pernah ditempat di Sarawak selama lima tahun dan kemudian berpindah ke Sabah selama dua tahun.

Sejurus kembali dari belajar di AS , Aseh dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha Hak Ehwal Polis, KDN ; Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Disember 1995) ; Ketua Pengarah Imigresen (1998).

Aseh memperkenalkan pelbagai inovasi baru antaranya pengenalan pasport chip yang pertama serta sistem autogate di pintu masuk negara sekaligus mengharumkan nama jabatan itu sebagai antara yang terbaik. Jabatan Imigresen berjaya mendapat RM2 bilion berbanding hanya RM330 juta sebelum itu. Beberapa inovasi diperkenalkan seperti pasport pintar, pelaksanaan piagam pelanggan dan persijilan ISO di kaunter-kaunter imigresen. Seterusnya Ketua Setiausaha pada Februari 2001 hingga bersara pada 22 Oktober 2007.

Selepas bersara[sunting | sunting sumber]

Pada 2009 menubuhkan Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKKM) dengan beberapa orang rakan beliau tentang perkara tersebut di Melaka.Cadangan beliau mendapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia telah didaftarkan pada 31 Disember 2009. Mesyuarat Agung Pertama KUPKKM telah diadakan pada 19 Februari 2010 dan Jawatankuasa Kerja KUPKKM telah dipilih. KUPKKM mengadakan perbincangan dengan Presiden UMNO pada 27 Ogos 2010 untuk membincangkan hala tuju KUPKKM. [2]

Beliau dilantik sebagai pengerusi konglomerat besar antaranya Pos Malaysia dan Universiti Lim Kok Wing.

Bermula tahun 2017, beliau dilantik menjadi pengerusi PERKESO/SOCSO[3].

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Anaknya Datuk Muhd Khairun Aseh menjadi Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno dan membawa kembali beberapa remaja Malaysia dari Lombok, Indonesia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]