Ashraf Sinclair
| Ashraf Daniel Sinclair | |
|---|---|
|
Ashraf Sinclair
|
|
| Lahir | 18 September 1979 Croydon, England |
| Pekerjaan | pelakon, peragawan dan pengacara televisyen |
| Isteri | Bunga Citra Lestari |
Ashraf Daniel Sinclair ialah seorang pelakon, peragawan dan pengacara televisyen dari Malaysia.
[sunting] Biografi
Ashraf dilahirkan pada tahun 18 September 1979 di Croydon, England kepada Mohamed yang berbangsa Inggeris dan Khadijah yang berbangsa Melayu dan beradikkan Aishah dan Adam.
Ashraf mula dikenali ramai dengan mengacarakan sebuah rancangan berkenaan filem terkini Box Office Now (ntv7) pada tahun 2005. Kemudian beliau menempah nama sebagai pelakon dengan memegang watak Eddy dalam filem Gol & Gincu pada tahun yang sama dan siri televisyen yang menyusulnya pada tahun berikutnya.
Pada tahun 2006 beliau mengambil alih tempat Awal Ashaari sebagai hos Beat TV bersama Sazzy Falak di Astro Ria serta digantikan dengan Ezlynn sebagai pengacara Mentor di TV3. Selain Gol & Gincu the Series, Ashraf juga berlakon sebagai Burn dalam siri Realiti. Pada bulan Ogos 2006 beliau mengacarakan Persidangan Alam Sekitar Kanak-Kanak Antarabangsa TUNZA di Putrajaya.
Kini Ashraf mencipta nama sebagai pelakon Indonesia dalam sebuah drama yang berjudul Cinta dan Anugerah. Drama yang paling mendapat sambutan di Indonsia dengan Nabila Syakieb sebagai heroinnya, Kini Ashraf bukan sahaja menjadi menempah nama sebagai artis Malaysia, tetapi sebagai artis Indonesia juga.
Ashraf pernah diundi sebagai "Bachelor with the Coolest Character" (Lelaki Bujang yang Paling Tenang Perwatakannya) dalam pertandingan Cleo's 50 Most Eligible Bachelors.
Pada pertengahan tahun 2007, Ashraf terjebak dalam kontroversi apabila didapati bercium mulut dengan kekasihnya iaitu penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari di Bali. Tindakan beliau didapati sebagai mencabul sensitiviti sesetengah rakyat Malaysia yang beragama Islam.[1][2] Hubungan mereka berdua akhirnya disambut baik dan mereka berkahwin pada November 2008 di Jakarta.[3]
[sunting] Rujukan
- ↑ http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_116d70ae-c0a85062-146b0710-5fe52682
- ↑ http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/9/18/nation/18914644&sec=nation
- ↑ Ellyna Ali. "Ashraf Dan Bunga Sanding Penuh Adat", murai.com.my, 2008-11-10. Dicapai pada 2008-11-11.
[sunting] Pautan luar
- Blog Ashraf Sinclair
- Profil Ashraf Sinclair di DiGi Superstars
- The world according to Ashraf — dipetik dari tabloid the Malay Mail