Asid arsenus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Asid arsenus
Arsenous-acid-2D.png
Arsenous-acid-3D-balls.png
Nama IUPAC Arsorous acid
Nama lain Asid arsenius
Arsenik oksida
Pengecam
Nombor CAS [13464-58-9]
PubChem 545
DrugBank DB04456
ChEBI CHEBI:49900
SMILES O[As](O)O
Sifat
Formula molekul H3AsO3
Jisim molar 125.94 g/mol
Rupa bentuk Hanya terdapat dalam larutan akua
Bahaya
Bahaya-bahaya utama Toksik, menghakis
Sebatian berkaitan
Sebatian berkenaan Asid arsenik
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan bagi bahan dalam keadaan piawai (pada suhu 25 °C, 100 kPa)
Rujukan kotak info

Asid arsenus, juga dikenali dengan nama asid arsenius, ialah sejenis sebatian tidak organik dengan formula kimia H3AsO3. Ia diketahui terdapat di dalam larutan akua, tetapi belum pernah diasingkan sebagai bahan yang asli. Namun, ini tidak menjejaskan kepentingan As(OH)3.[1]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

As(OH)3 ialah molekul berbentuk piramid yang terdiri daripada tiga kumpulan hidroksil yang terikat pada satu atom arsenik. Spektrum NMR 1H larutan asid arsenus terdiri daripada satu isyarat tunggal yang konsisten dengan kesimetrian tinggi molekul ini.[2] Sebaliknya, spesis fosforus yang berkait secara nominal, H3PO3, kebanyakannya mengguna pakai struktur HPO(OH)2; P(OH)3 ialah komponen keseimbangan yang sangat kecil di dalam sebatian-sebatian seperti ini. Kelakuan berbeza antara sebatian-sebatian As dan P menunjukkan satu pola yang menunjukkan keadaan pengoksidaan yang tinggi adalah lebih stabil untuk unsur-unsur kumpulan utama yang lebih ringan daripada untuk unsur-unsur yang lebih berat.[3]

Tindak balas[sunting | sunting sumber]

Penyediaan As(OH)3 melibatkan hidrolisis arsenik trioksida secara perlahan-lahan di dalam air. Dengan menambahkan bes, asid arsenus ini ditukarkan kepada ion-ion arsenit seperti [AsO(OH)2]-, [AsO2(OH)]2- dan [AsO3]3-. pKa pertamanya ialah 9.2. Tindak balas yang dikatakan berpunca daripada arsenik trioksida akua adalah disebabkan oleh asid arsenus dan bes-bes berkonjugatnya.

Toksikologi[sunting | sunting sumber]

Sebatian yang mengandungi arsenik adalah sangat bertoksik dan karsinogenik. Bentuk anhidrida asid arsenus, arsenik trioksida, digunakan sebagai racun herba, racun perosak dan rodentisid.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Munoz-Hernandez, M.-A. (1994). "Arsenic: Inorganic Chemistry". In King, R. B.. Encyclopedia of Inorganic Chemistry. Chichester: John Wiley & Sons. 
  2. Kolozsi, A.; Lakatos, A.; Galbács, G.; Madsen, A. Ø.; Larsen, E.; Gyurcsik, B. (2008). "A pH-Metric, UV, NMR, and X-ray Crystallographic Study on Arsenous Acid Reacting with Dithioerythritol" (pdf). Inorganic Chemistry 47: 3832–3840. doi:10.1021/ic7024439. PMID 18380458. http://www.staff.u-szeged.hu/~galbx/Arsenous%20acid%20study%20%28Inorg%20Chem%202008%29.pdf. 
  3. Greenwood, N. N.; Earnshaw, A. (1997). Chemistry of the Elements. Oxford: Butterworth-Heinemann. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]