Asid hipobromus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Asid hipobromus
Nama
Nama IUPAC
asid hipobromus, asid bromik(I)
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ChEBI
ChemSpider
ECHA InfoCard 100.119.006
  • InChI=1S/BrHO/c1-2/h2H ☑Y
    Key: CUILPNURFADTPE-UHFFFAOYSA-N ☑Y
  • InChI=1/BrHO/c1-2/h2H
    Key: CUILPNURFADTPE-UHFFFAOYAL
  • InChI=1S/BrHO/c1-2/h2H
    Key: CUILPNURFADTPE-UHFFFAOYSA-N
  • OBr
Sifat
HBrO
Jisim molar 96.911
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu☑Y/N?)
Rujukan kotak info

Asid hipobromus (nama lain: asid bromik(I), bromanol, atau hidroksidobromin) ialah asid lemah dan tidak stabil dengan formula kimia HBrO. Ia hanya didapati dalam bentuk larutan dan mempunyai sifat-sifat kimia dan fizikal yang amat serupa dengan asid hipoklorus.

Dalam larutan akua, asid hipobromus bercerai separa kepada anion hipobromit OBr- dan kation H+. Seperti asidnya, garam hipobromit tidak stabil dan apabila diwapkan atau dididihkan sehingga kering, ia melalui tindak balas tidak berkadaran yang menghasilkan garam bromida dan bromat.

Apabila bromin tulen dicampurkan dengan air, ia menghasilkan asid hipobromus dan asid hidrobromik (HBr):

Br2 (c) + H2O (c) ↔ HOBr (ak) + HBr (ak)

HOBr digunakan sebagai peluntur, bahan pengoksida, deodoran dan bahan penyahjangkit kerana sifatnya yang mampu membunuh sel-sel pelbagai jenis patogen. Sebatian ini dihasilkan di dalam organisma vertebrata berdarah panas terutamanya oleh eosinofil, yang menghasilkan sebatian ini melalui tindakan eosinofil peroksidase, sejenis enzim yang menggunakan bromida terutamanya.[1] Bromida juga digunakan dalam tab panas dan spa sebagai agen penyahkuman; ia menggunakan tindakan agen pengoksida untuk menjada hipobromit dengan cara yang sama dengan peroksidase dalam eosinofil. Ia lebih berkesan apabila digunakan bersama-sama kongenernya, asid hipoklorus.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mayeno, AN; Curran, AJ; Roberts, RL; Foote, CS (1989). "Eosinophils preferentially use bromide to generate halogenating agents -- Mayeno et al. 264 (10): 5660 -- Journal of Biological Chemistry". The Journal of Biological Chemistry. 264 (10): 5660–8. PMID 2538427. Dicapai pada 2008-01-12.