Asid nukleik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rajah sistematik asid nukleik

Asid nukleik merupakan sejenis makromolekul yang terdiri daripada rantaian nukleotida. Dalam biokimia, molekul ini mampu membawa maklumat atau membentuk struktur dalam sel. Asid nukleik yang biasa termasuk asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleik (RNA). Asid nukleik terdapat dalam semua benda hidup, kerana mereka terkandung dalam segala sel. Asid nukleik juga terdapat di dalam virus.

RNA diterbitkan dari DNA dalam beberapa bentuk dan setiap bentuk RENA ini mempunyai tugasan yang tersendiri. RNA pengutus (mRNA) berfungsi membawa maklumat genetik dari DNA semasa sintesis protein. RNA pemindah (tRNA) pula membawa asid amino yang tepatan dengan maklumat genetik yang dibawa oleh mRNA. RNA ribosom (rRNA) pula menyediakan tapak bagi pertamtuam asid amino tadi untuk membentuk protein.

Asid nukleik terdiri dari rantaian makromolekul yang kecil yang dikenali sebagai nukleotida yang diikat oleh ikatan ikatan fosfodiester dimana DNA dan RNA hanya mempunyai empat jenis nukleotida yang berbeza.

Setiap nukleotida mengandungi struktur gula yang menjadi teras, kumpulan fosfat yang diikat pada gula oleh ikatan fosfoester dan struktur bes aromatik. Struktur bes ini pula dikelaskan kepada dua jenis iaitu purina, iaitu adenina (A) dan guanosina (G), manakala pirimidina pula mengandungi sitosina (C), dan tiamina (T); bagi RNA, tiamina ditukarkan kepada urasil (U). Di dalam rantaian asid nukleik, ATGC ini wujud secara berpasangan, di mana A berpasangan dengan T atau U, dan G pula berpasangan dengan C. Pasangan ini diikat dengan pembentukkan ikatan hidrogen.