Asklepios

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Asklepios
Asclepius dengan tongkat lingkar uklarnya[1]
Dewa perubatan, penyembuhan, pemudaan semula dan tabib
Simbol Tongkat lingkar ular
Pasangan Epione
Ibu bapa Apollo dan Koronis
Anak-anak Hygieia, Iaso, Akeso, Aglaea, dan Panakea

Asklepios (Bahasa Yunani Kuno: Ἀσκληπιός Asklēpiós [asklɛːpiós]; Latin Aesculapius) merupakan dewa perubatan dan penyembuhan dalam agama Yunani purba. Asklepios melambangkan aspek penyembuhan dalam seni perubatan; puteri-puterinya ialah Hygieia (dewi/personifikasi kesihatan, kebersihan dan sanitasi), Iaso (dewi pemulihan dari penyakit), Akeso (dewi proses penyembuhan), Aglæa/Ægle (dewi kecantikan, keindahan, kemuliaan, ketersergaman, dan perhiasan), dan Panakea (dewi pengubat sejagat). Asklepios disamakan dengan dewa Rom Vediovis. Beliau adalah salah seorang putera Apollo yang berkongsi dengan ayahandanya julukan Paean ("Penyembuh").[2] Tongkat Asklepios yang dilingkari ular merupakan lambang perubatan masa kini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Patung Asklepios jenis Este. Marmar pentelik, tiruan zaman Rom dari ca. 160 M sempena patung asli abad ke-4 SM. Dari rumah berhala Asklepios di Epidaurus (Muzium Kaji Purba Negara, Athens, inv. 263).
  2. Mitchell-Boyask, p. 141