Asmahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Asmahan

Asmahan
Latar belakang
Nama lahir Amal al-Atrash
Lahir 25 November 1918(1918-11-25)
Laut Mediterranean
Mati 14 Julai 1944 (umur 25)
Mesir
Genre Muzik Arab (Mesir)
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon
Kegiatan
berkait
Farid al-Atrash

Amal al-Atrash (Bahasa Arab: آمال الأطرش‎‎ Āmāl al-Aṭrash; 25 November 1918 – 14 Julai 1944),[1] lebih dikenali dengan nama pentasnya Asmahan (أسمهان Asmahān), adalah seorang penyanyi dan pelakon Duruzi Syria. Selepas berhijrah ke Mesir semasa kanak-kanak, keluarganya mengenali penggubah Dawood Hosni, dan dia menyanyikan gubahan Mohamed El Qasabgi dan Zakariyya Ahmad.[2][3] Dia turut menyanyikan gubahan Mohammed Abdel Wahab dan saudaranya Farid al-Atrash, ketika itu juga merupakan bintang pemuzik yang sedang berkembang sendiri. Dia merupakan satu-satunya suara wanita tunggal dalam muzik Arab yang memberikan saingan serius kepada Umm Kulthum,[4] yang dianggap salah seorang penyanyi yang paling menonjol di dunia Arab pada abad ke-20.[5] Kematiannya secara misteri dalam kemalangan kereta mengejutkan orang ramai. Pemberita menyebaran gosip mengenai kehidupan peribadinya yang bergelora dan tuduhan peranan mengintip semasa Perang Dunia Kedua.

[sunting] Kehidupan awal

Asmahan merupakan anak kepada pasangan Fahd al-Atrash, etnik Druze Syria dari Suwayda, dan 'Alia al-Mundhir, etnik Druze Lebanon dari Hasbaya.[6] Bapanya berasal dari suku al-Atrash Druze, terkenal di Syria bagi peranannya dalam pertempuran menentang penjajahan Perancis di Syria.[7]

[sunting] Rujukan

  1. "منزل الفنانة أسمهان بات متحفاً", Al-Mada
  2. Lebanese Army Journal, Isu Nombor 241, Julai 2005
  3. al-Atrash, Majid (2005), Asmahan: Amirat at-tarab was-saif wan-nada (Asmahan: The princess of music, war and grace) majalah al-'Adyat, m/s. 75–77, dalam Arab
  4. Zuhur 2000, p. 85
  5. Prominent Egyptians - Egyptian Government State Information Service
  6. <Zuhur 1998, p. 81
  7. Provence, Michael (2005), The great Syrian revolt and the rise of Arab nationalism (illustrated ed.), University of Texas Press, ISBN 9780292706804, http://books.google.com/?id=Ej8ZMk1822sC&pg=PA72&dq=sultan+al+atrash 
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain