Assam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Assam
—  state  —
Lokasi Assam di India
Koordinat
Negara  India
Daerah 25
Tarikh ditubuhkan 15 Ogos 1947
Ibu negeri Dispur
Bandar terbesar Guwahati
Gabenor Ajai Singh
Ketua Menteri Tarun Gogoi
Perundangan (kerusi) Tunggal (126)
Penduduk

Kepadatan

26,655,528 (14th)

340 /km2 (881 /sq mi)

Bahasa rasmi Assam, Bengali, Bodo, Mishing, Karbi
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan 78438 km2 (30285 sq mi)
ISO 3166-2 IN-AS
Laman web assam.gov.in

Assam ([aˈsam] Mengenai bunyi ini sebutan ) (Assam: অসম Ôxôm) ialah sebuah negeri di kawasan timur laut India yang beribunegerikan Dispur, sebuah pinggir bandar berhampiran Guwahati. Assam bersama negeri-negeri timur laut yang lain di India (juga dikenali sebagai tujuh bersaudari) ialah satu-satunya negeri India merdeka yang tidak pernah menjadi sebahagian India sebelum kedatangan British. Assam yang terletak di selatan banjaran Himalaya timur ini terdiri daripada lembah sungai Brahmaputra dan Barak serta Bukit-Bukit Karbi Anglong dan Cachar Utara. Dengan keluasan sebanyak 78,438 kilometer persegi (30,285 batu²), kini Assam hampir sama saiznya dengan Ireland atau Austria. Assam dieklilingi enam daripada Seven Sister States yang lain: Arunachal Pradesh, Nagaland, Manipur, Mizoram, Tripura dan Meghalaya. Negeri-negeri ini bersambungan dengan tanah besar India melalui sebatang jalur sempit di Bengal Barat yang bergelar "Leher Ayam".[1] Assam juga berkongsi sempadan antarabangsa dengan Bhutan dandBangladesh; serta kebudayaan, bangsa dan iklimnya bersama Asia Tenggara—unsur-unsur penting dalam Dasar Pandang Timur India.

Teh Assam

Assam terkenal kerana teh Assam, sumber petroleum, sutera Assam dan kekayaan biodiversitinya. Assam telah berjaya memulihara badak sumbu India yang bertanduk satu dari ambang kepupusan di Kaziranga, harimau di Manas dan menyediakan salah sebuah habitat liar yang terakhir untuk gajah Asia. Assam semakin menjadi destinasi popular untuk pelancongan hidupan liar dan terutama sekali, Kaziranga dan Manas merupakan Tapak Warisan Dunia.[2] Assam juga pernah dikenali kerana hutan-hutan dan keluaran hutan pokok Salnya yang kini sudah kekurangan. Asaam yang mengalami curahan hujan banyak ini dikurniakan tumbuh-tumbuhan subur dan Sungai Brahmaputra agung yang cawang-cawang dan tasik-tasik ladamnya memberikan persekitaran hidro-geomorfik dan estetik yang unik kepada rantau ini.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Assam dipanggil Pragjyotishpura dalam Mahabharata; dan Kamarupa pada alaf pertama. Setelah Kamarupa berpecah-belah pada abad ke-12, kerajaan Ahom diasaskan pada abad ke-13 oleh Sukaphaa, seorang putera Shan yang menyatukan tatenegara tersebut dan kerajaan ini berkekalan selama 600 tahun berikutnya. Meskipun asal-usul nama Assam yang setepatnya masih tidak jelas, konsensus akademik bersetuju bahawa nama ini berkait rapat dengan kerajaan Ahom (asalnya dipanggil Kerajaan Assam).[3] Assam mempunyai tradisi fahaman Buddha yang kuat.

Wilayah British selepas tahun 1838 dan negeri India selepas tahun 1947 dikenali sebagai Assam. Pada 27 Februari 2006, Gabenor Assam memulakan proses menukar nama negeri ini kepada Asom,[4] dalam satu langkah kontroversi yang ditentang oleh rakyat dan pertubuhan politik.[5]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Dixit 2002
  2. World Heritage Centre 2007
  3. Sarma, Satyendra Nath (1976) Assamese Literature, Harrassowitz, Wiesbaden, p2. "While the Shan invaders called themselves Tai, they came to be referred to as Āsām, Āsam and sometimes as Acam by the indigenous people of the country. The modern Assamese word Āhom by which the Tai people are known is derived from Āsām or Āsam. The epithet applied to the Shan conquerors was subsequently transferred to the country over which they ruled and thus the name Kāmarūpa was replaced by Āsām, which ultimately took the Sanskritized form Asama, meaning "unequalled, peerless or uneven"
  4. Times News Network, February 28, 2006
  5. Editorial, The Assam Tribune, 6 Januari 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]