Astro @15

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Astro @15
Negara Malaysia
Ibu pejabatKuala Lumpur Kuala Lumpur, Malaysia
Pemilikan
PemilikAstro
Sejarah
Dilancarkan26 Julai 2003; 20 tahun yang lalu (2003-07-26)
Ditutup1 Mei 2012; 11 tahun yang lalu (2012-05-01)
Digantikan olehAstro Mustika HD (2012–2018)
Nama dahulu@15
(26 Julai 2003 - 28 September 2003)

Astro @15 merupakan saluran interaktif 24 jam yang pertama di Malaysia. Mula bersiaran menerusi saluran 17 pada 26 Julai 2003 dan kemudiannya pada 1 Oktober tahun yang sama dipindahkan ke saluran 15 selama empat bulan. Disebabkan oleh pertukaran saluran Astro ke nombor tiga digit yang berlaku kepada hampir semua saluran, saluran ini dipindahkan ke saluran 109 namun masih mengekalkan nama lamanya. Astro @15 rasmi melancarkan pada 26 Julai 2003 menyiarkan melalui saluran 17. Ia adalah saluran sembang interaktif, terutamanya tertumpu kepada penonton Melayu.

Saluran televisyen ini menawarkan para penontonnya untuk menghantar mesej dan mesej tersebut akan dipaparkan di skrin sambil mengikuti rancangan yang disiarkan (kebiasaanya rancangan Melayu) serta muzik video lagu-lagu popular. Saluran ini ditamatkan pada 1 Mei 2012. Astro @15, berhenti penyiaran pada tengah malam, 1 Mei 2012. Digantikan oleh Astro Mustika HD pada 21 Mei 2012, manakala program yang disiarkan oleh saluran yang dibawa oleh saluran-saluran Melayu Astro yang lain. Selain itu, Astro mempunyai saluran yang bernama Astro @Play.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di Astro @15:

Pada tanggal 26 Julai 2003, @15 dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 17.

Pada 29 September 2003, @15 telah rasmi melancarkan nama baharu menjadi Astro @15.

Pada 1 Oktober 2003, Astro @15 telah dinomborkan semula dari saluran 17 ke saluran 15.

Pada tanggal 1 Oktober 2007, Astro @15 akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 109.

Pada tanggal 1 Mei 2012, Astro @15 telah rasmi ditamatkan siaran.

Rancangan[sunting | sunting sumber]

  • Sehati Berdansa
  • Ramadhan
  • Raja Lawak Astro
  • Akademi Fantasia
  • Hari Raya
  • Fuyoo Magic
  • Dari Studio 1
  • Jangan Lupa Lirik
  • ERA Tv
  • Ronda 360 Darjah
  • AC Di Sini
  • Macam Macam Aznil

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman Web Rasmi