Astro Mobile TV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Astro Mobile TV ialah perkhidmatan penstriman video ke telefon bimbit yang diperkenalkan pada penghujung tahun 2008 oleh syarikat pengendali televisyen satelit Astro di Malaysia sebagai komponen penting dalam perkhidmatan interaktif mudah alih yang ditawarkan iaitu Astro Mobile. Pada masa ini Astro Mobile TV menawarkan sekitar 20 saluran kepada pelanggan Maxis yang memiliki telefon bimbit 2.5G atau 3G. (Maxis juga menawarkan khidmat TV seumpama ini iaitu Maxis TV yang menawarkan saluran yang serupa dengan Astro Mobile TV.) Setelah 5 tahun beroperasi di telefon bimbit,Astro Mobile TV telah menghentikan operasinya pada tahun 2012 dan ia di gantikan dengan Astro On The Go (kini dikenali sebagai Astro Go) kerana zaman 2010an kebanyakan orang ramai yang memakai telefon iPhone dan Android pada masa itu.

Am[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah saluran-saluran yang ditawarkan oleh Astro Mobile TV pada masa ini (tepat pada Disember 2008). Kebanyakan saluran ini adalah saluran TV mobil khusus untuk pengguna telefon bimbit yang berbeza dari saluran TV yang sama namanya di platform DTH Astro. Saluran-saluran demikian merangkumi rakaman video antara satu hingga empat jam yang sentiasa diulang tayang sepanjang masa. Saluran-saluran ini dikemaskini secara seharian atau mingguan.[1] Bagaimanapun, sesetengah mobil adalah sama dan bersiaran langsung serentak dengan versi TV (lihat senarai saluran di bawah).

Video yang disiarkan kepada telefon bimbit berformatkan Real Media atau 3GP, bergantung pada model telefon itu. Pengguna tidak boleh memuat turun atau merakam video-video berkenaan.[1]

Senarai saluran[sunting | sunting sumber]

Basic Pack[sunting | sunting sumber]

News[sunting | sunting sumber]

Video-On-Demand[sunting | sunting sumber]

Lifestyle[sunting | sunting sumber]

Entertainment[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Saluran-saluran berikut tidak terdapat dalam Basic Pack dan perlu dipilih secara berasingan dari Basic Pack.

↑i  Kandungan saluran-saluran ini bersiaran "secara langsung", sama dan selaras dengan siaran TV masing-masing.[1]

Selain ini, ditawarkan juga saluran percuma freeView iaitu saluran video berulang yang menampilkan seorang pengacara menerangkan rancangan-rancangan menarik yang sedang disiarkan di saluran-saluran Astro Mobile TV.

Saluran dahulu[sunting | sunting sumber]

Langganan[sunting | sunting sumber]

Kaedah[sunting | sunting sumber]

Pelanggan Maxis yang berlengkapkan kemudahan 2.5G atau 3G boleh mencapai laman langganan Astro Mobile TV melalui dua cara, iaitu menghantar SMS atau membuka pautan berkenaan di pelayar web mudah alih. Pengguna melakukan proses langganan langkah demi langkah di pelayar web.[2]

Caj[sunting | sunting sumber]

Peringatan: Harga-harga berikut adalah tepat pada Disember 2008.

Pakej Yuran
Basic Pack RM9.99 sebulan untuk mana-mana tiga saluran
Add-On RM3.00 sebulan untuk setiap satu saluran tambahan di samping Basic Pack
Per Channel RM5.00 sebulan untuk mana-mana satu saluran
Day Pass RM1.00 sehari untuk mana-mana satu saluran

Caj data tidak dikenakan terhadap khidmat langganan dan penggunaan Astro Mobile TV, kecuali mungkin ada sekiranya pengguna berada di luar Malaysia.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]