Asyraf Wajdi Hj Dusuki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dr. Asyraf Wajdi Hj Dusuki (31 tahun) merupakan ahli politik Malaysia dan merupakan bekas Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia PKPIM. Beliau merupakan calon Barisan Nasional bagi Parlimen Tumpat, kerusi yang pernah dimenangi oleh bapa beliau selama dua penggal 1982-1990. Bapa beliau , Datuk Haji Dusuki Bin Ahmad juga merupakan lulusan agama dan penulis beberapa buah buku politik Islam.

[sunting] Pendidikan

Merupakan bekas pelajar terbaik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu, Negeri Sembilan (1989-1993). Beliau menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Ekonomi, Perbankan dan Kewangan Islam, di Loughborough University pada 2002 dan mendapat Ph.D dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam dari Universiti yang sama pada tahun 2005. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Profesor dalam jurusan kewangan dan perbankan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di Gombak , Selangor. Artikel-artikel tulisan beliau tersiar dalam surat khabar Utusan Malaysia.

[sunting] Pilihan raya 2008

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008, Dr Asyraf telah dicalonkan oleh Barisan Nasional- UMNO Kelantan untuk bertanding di kawasan parlimen Tumpat bagi menewaskan calon PAS , Datuk Kamaruddin Jaafar. Kamaruddin Jaafar merupakan bekas pengerusi Institut Kajian Dasar semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kamaruddin Jaafar merupakan pemimpin PAS yang penting kerana beliau menyandang jawatan Setiausaha Agung PAS.

Dr Asyraf merupakan antara tokoh muda yang ditonjolkan oleh Barisan Nasional- UMNO Kelantan bagi merampas kerajaan Kelantan yang kini diperintah oleh PAS selama 18 tahun.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan