Attard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kedudukan Attard Di Malta

Attard (ataupun Ħ'Attard) Adalah sebuah perkampungan di pulau Malta denga penduduk seramai 10,000 orang. Bersama-sama dengan Balzan dan Lija, perkampungan ini dikenali sebagai “Tiga Perkampungan” (The Three Villages). Attard menjadi sebuah daerah parish dalam tahun 1499.

Attard menjadi Pihak Berkuasa Tempatan dalam tahun 1994 dengan struktur pentadbiran sendiri. Attard merangkumi kaasan hampir 7 kilometer persegi. Di sebelah utara adalah Ta' Qali, Mdina dan Mosta, dan di sebelah barat pula Wied is-Sewda, di Timur terletak Tal-Mirakli dab di sebelah selatan pula terdapat kawasan Sant'Anton yang dinamakan sempena Istana San Anton.

Tempat Menarik[sunting | sunting sumber]

Kawasan Desa Attard

Tempat-tempat menarik di Attard termasuklah Istana San Anton yang digunakan sebagai kediaman rasmi Presiden Malta dan taman-taman bunga yang terdapat di sekitar kediaman rasmi tersebut, Stadium Nasional, Taman Negara dan perkampungan kraf di Ta' Qali.

Attard terkenal dengan bunga-bungaannya, dan taman-ataman bunga dan tanaman sitrus . Ini memberikan perkampungan ini gelaran "Florigera rosis halo" dalam bahasa Latin, yang bermakna ‘ku wangikan udara dengan bungaan mekar berkembang” ("I perfume the air with my blossoms").

Attard juga adalah tempat kelahiran arkitek terkemuka Tumas Dingli, yang terkenal kerana pembinaan akueduk Wignacourt, Porta Reale (pintu masuk ke Malta) di Valletta dan beberapa buah gereja. Daripada gereja-gereja ini hanya sebuah gereja, gereja kariah Attard sahaja yang masih dalam keadaan asal tak tidak diubah-ubah.

Kediaman rasmi Presiden Malta dikenali sebagai Istana San Anton terletak di Attard . Kediaman rasmi Duta Amerika Syarikat juga terletak di Attard, di Triq il-Linja. Duta Tunisia juga menginap di Attard.

Taman Bunga San Anton[sunting | sunting sumber]

San Anton bukan hanya kaya dengan peninggalan sejarah dan seni, tetapi merupakan pusat mengadakan persembahan budaya dan keraian. Istana San Anton pernah menjadi tuan rumah kepada ramai kerabat diraja termasuk Ratu Marie dari Romania, Puteri Marie Feodorovna dari Rusia, Raja Edward VII sehinggalah Ratu Elizabeth II.

Taman Bunga San Anton mula dibuka untuk kunjungan orang ramai oleh Gabenor Borton dalam tahun 1882 untuk rakyat jelata berkelah dan bersiar-siar. Laman siarnya yang luas sering dialun dengan bunyian daripada orkestra kamar (chamber orchestra) ataupun kuintet alat tali (string quintet). Taman-taman bunga ini juga kerap menjadi tempat diadakan pertunjukan bunga, pertunjukan kucing dan anjing dan pelbagai pertunjukan lain. Setiap musim panas, pementasan drama-drama Shakespeare diadakan.

Semasa Persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel di Malta dalam bulan November 2005, Ratu Elizabeth II bersama Putera Philip menginap di Attard di Istana San Anton.

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Malta (MFSA)[sunting | sunting sumber]

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Malta (Malta Financial Services Authority) (MFSA) beribu pejabat di Attard. Lembaga ini memainkan peranan selaku Bank Pusat Malta, Bursa Saham Malta dan juga sebagai Pusat Perkhidmatan Kewangan Malta. Lembaga ini kini menguruskan, mengawas dan mengawal selia perkhidmatan kewangan di Malta, termasuk perkhidmatan perbankan, pelaburan dan insurans.