Attention Please!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Attention Please! (アテンションプリーズ) dibintangi oleh Aya Ueto ditayangkan bermula pada 18 April 2006 hingga 27 Jun 2006 (Musim bunga). Drama yang diterbitkan oleh Fuji TV ini mempunyai 11 episod dan 1 episod istimewa. Rating drama ini adalah 16.4% bagi seluruh Jepun.

Plot[sunting | sunting sumber]

Misaki Yoko (Aya Ueto) kehilangan ibunya pada umur yang muda menyebabkan dia dibesarkan di dalam keluarga yang terdiri daripada semua lelaki (3 orang abang lelaki). Disebabkan membesar di dalam keluarga semua lelaki, Yoko terbawa-bawa dengan perangai kasar. Yoko terkenal panas baran, tidak suka menipu dan terlalu jujur. Yoko lebih selesa membuat kerja-kerja kasar daripada berdandan seperti wanita lain. Dia juga lebih suka bergaul dengan lelaki daripada bergaul dengan wanita.

Yoko memiliki sebuah kumpulan punk rock dimana dia menjadi vokalis utama. Tsukasa, salah seorang ahli kumpulan berkenaan berjaya mendapatkan pekerjaan di sebuah bank di Tokyo. Kumpulan punk rock berkenaan terpaksa dibubarkan. Yoko mendapati dia sebenarnya menyayangi Tsukasa tetapi sikap kasarnya menghalang Yoko dari bersedih dengan pemergian Tsukasa dan menyatakan perasaan cintanya kepada Tsukasa.

Yoko dan ahli kumpulan mereka menghantar Tsukasa ke lapangan terbang. Ahli kumpulan termasuk Tsukasa tidak sabar-sabar ingin melihat pramugari dan Yoko sememangnya tiada sebarang idea mengapa mereka begitu tidak sabar. Yoko memberitahu ahli kumpulannya yang dia juga boleh memakai uniform sepertimana pramugari tetapi kenyataannya cuma menjadi bahan jenaka ahli kumpulannya. Tsukasa secara tiba-tiba memberitahu Yoko yang dia sangat ingin melihat Yoko memakai uniform. Maka, bermulalah perjalanan hidup Yoko sebagai Krew Kabin atau Pramugari.

Lagu[sunting | sunting sumber]

Oh Pretty Woman yang dinyanyikan oleh Kaela Kimura. Lagu ini adalah lagu lama yang diberi nafas baru oleh Kaela. Lagu ini pernah dipopularkan oleh Roy Orbison. Kaela menyanyikan lagu ini dengan diberikan sentuhan gitar punk rock. Versi instrumental lagu ini juga diselitkan sepanjang drama ini ditayangkan.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]