Auditorio de Tenerife

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Auditorio de Tenerife.
Bangunan ini dilihat pada waktu malam.

Auditorio de Tenerife adalah sebuah auditorium seni persembahan yang terletak di bandar Santa Cruz de Tenerife (Kepulauan Canaria, Sepanyol). Bangunan ini telah dibina oleh arkitek berbangsa Sepanyol, Santiago Calatrava. Bangunan ini terletak di tengah-tengah bandar menghadap Lautan Atlantik.

Pembinaan bermula pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003. Auditorium tersebut telah dirasmikan oleh Felipe, Putera Asturias pada 26 September 2003. Auditorio de Tenerife dianggap sebagai mercu tanda bandar Santa Cruz de Tenerife,[1] dan merupakan salah sebuah bangunan yang paling simbolik dan kontemporari yang terletak di Sepanyol dan di dunia secara umumnya.[2] Bangunan ini adalah salah satu daripada tarikan utama di Pulau Tenerife.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ricardo Melchior y el Auditorio de Tenerife
  2. Correos emite seis sellos con obras emblemáticas de la arquitectura española e incluye al Auditorio de Tenerife

Pautan luar[sunting | sunting sumber]