Autobahn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Papan tanda autobahn Austria
Papan tanda autobahn Switzerland dan autostrada Itali

Mengenai audio iniAutobahn  (Bahasa Inggeris: /ˈɔːtəʊbɑːn/; Bahasa Jerman: IPA: [ˈaʊtoːbaːn], kata jamak Autobahnen) adalah istilah Jerman bagi lebuh raya berkelajuan tinggi yang dihadkan kepada kenderaan yang mempu mencapai kelajuan sekurang-kurangnya 60 km/j serta mempunyai kawalan capaian penuh, sebagai mana lebuh raya berkelajuan tinggi yang lain.

Dalam kebanyakan negara, ia biasanya merujuk kepada rangkaian autobahn Jerman. Bagi kebanyakan autobahn Jerman, had laju disyorkan ialah 130 km/j, tetapi tiada had laju maksimum. Rangkaian autobahn Austria dan Switzerland masing-masing mempunyai had laju maksimum 130 km/j dan 120 km/j. Dalam Bahasa Jerman, sebutan "autobahn" adalah seperti di atas, dan kata jamaknya pula ialah "autobahnen", manakala dalam Bahasa Inggeris pula sebutan bahagian pangkal "auto-" di hadapan adalah sebagaimana perkataan "automobile". Nama rasmi bagi rangkaian autobahn Jerman ialah Bundesautobahn (BAB) (Lebuhraya Persekutuan). Autobahn dibina dan diselenggara sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan Jerman, menyebabkan rangkaian lebuh raya Jerman dipanggil "Lebuhraya Persekutuan". Lebuh raya terawal dibina pada tahun 1920-an, dan nama rasmi pada tahun 1930-an ialah "Reichsautobahn" (Lebuhraya Reich).

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Sebagai mana rangkaian lebuh raya lain di Eropah, autobahn mempunyai berbilang lorong di kedua-dua bahagian yang dipisahkan oleh pembahagi lebuh raya dengan keluar masuk hanya melalui persimpangan bertingkat serta dihadkan kepada kenderaan tertentu sahaja. Autobahn pertama dibuka pada tahun 1931 antara Cologne dan Bonn oleh Konrad Adenauer (Datuk Bandar Cologne serta bakal Canselor Jerman Barat) pada 6 Ogos 1932.[1]Pada masa itu, ia belum lagi dipanggil "autobahn" tetapi dikenali sebagai Kraftfahrtstraße (bermaksud "jalan raya kereta"). Idea adal ialah jalan khas tanpa lintasan dan hanya digunakan oleh kereta dan motosikal dan bukan pejalan kaki atau kereta kuda. Memandangkan Adolf Hitler masih belum menjadi Canselor sehinggalah pada Januari 1933, dakwaan yang mengatakan idea autobahn mula ditampilkan oleh rejim Nazi hanyalah cerita dongeng semata-mata.[2]

Walau apa pun, rejim Nazi tetap meneruskan pembinaan rangkaian autobahn sebagai salah satu langkah mencipta peluang pekerjaan serta mengurangkan kadar pengangguran.

Sistem pernomboran kod laluan autobahn moden mula diperkenalkan di Jerman Barat pada tahun 1974. Semua autobahn diberi kod bernombor dengan huruf A di hadapan diikuti nombor laluan, contohnya Autobahn A8. Laluan utama yang merentasi seluruh Jerman diberikan kod satu angka dengan nombor genap bagi laluan timur-barat dan nombor ganjil bagi laluan utara-selatan. Lebuh raya setempat yang lebih pendek (menghubungkan antara dua bandar raya atau kawasan dalam Jerman) mempunyai kod laluan dua angka (seperti Autobahn A24 yang menghubungkan Berlin dan Hamburg). Sistem kod laluan adalah seperti berikut:-:

Sistem pernomboran kod laluan autobahn dari 10 ke 999

Had laju[sunting | sunting sumber]

Had laju lebih rendah dikuat kuasakan pada kenderaan berikut:

60 km/j
  • Bas yang membawa penumpang berdiri (kecuali di Switzerland)
  • Motosikal dengan treler (di Switzerland: 80 km/j)
80 km/j
  • Kenderaan dengan berat kasar melebihi 3.5 t (kecuali kereta penumpang)
  • Lori treler serta kereta yang membawa treler
  • Bas ekspres (di Switzerland: 120 km/h)
100 km/j
  • Kenderaan dengan berat kasar tidak melebihi 3.5 t membawa treler yang disahkan untuk kelajuan 100 km/j
  • Bas ekspres yang disahkan untuk kelajuan 100 km/j tidak membawa treler
  • Lori treler serta kereta dengan treler yang disahkan khas untuk kelajuan 100 km/j

Had laju umum:-

  • Jerman: Had laju disyorkan 130 km/j dan tiada had laju maksimum bagi kebanyakan bahagian autobahn. Namun demikian, ada bahagian yang dikenakan had laju seperti di kawasan berkepadatan trafik yang tinggi.

Peraturan menggunakan autobahn[sunting | sunting sumber]

Walaupun rangkaian lebuh raya Jerman sangat terkenal kerana tidak mempunyai had laju maksimum, namun beberapa peraturan lebuh raya yang ketat dikenakan pada semua pengguna autobahn. Polis peronda lebuh raya memantau keadaan lebuh raya dan ada di antara mereka yang membawa bersama kamera video, membolehkan beberapa peraturan yang dilihat sukar dibuktikan di mahkamah jika di negara lain (seperti mengekori terlalu rapat) dapat dikuatkuasakan. Antaranya termasuklah:-

  • Had laju minimum di Jerman dan Austria ialah 60 km/j (Switzerland: 80 km/j)
  • Lorong perlahan di sebelah kanan mesti digunakan sekiranya kosong dan lorong memotong di sebelah kiri hanya boleh digunakan semasa memotong sahaja.
  • Memotong di sebelah kanan tidak dibenarkan. Jika kenderaan yang dipotong berada di lorong kiri, kedua-dua kenderaan yang memotong dan dipotong akan disaman.
  • Menghalang kenderaan lain memotong juga tidak dibenarkan[3].
  • Semasa kesesakan lebuh raya, lorong kecemasan mesti dikosongkan bagi memberi laluan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulans, kereta polis dan kereta bomba melaluinya.
  • Pemandu tidak dibenarkan berhenti di lebuh raya termasuklah di lorong kecemasan kecuali dalam keadaan kecemasan seperti kereta rosak atau terlibat dalam kemalangan. Pemandu yang keretanya terhenti akibat kehabisan minyak juga boleh disaman kerana keadaan tersebut boleh dielakkan.
  • Jarak mengekori (dalam meter) adalah lebih kurang separuh daripada angka kelajuan mengekor (dalam km/j), contohnya 60 m bagi kelajuan 120 km/j. Peraturan ini samalah seperti Peraturan 2 Saat. Pemandu yang mengekori terlalu rapat boleh digantung lesen memandu selama maksimum 3 bulan.
  • Pemandu dibenarkan mengelipkan lampu tinggi dan membunyikan hon sebagai isyarat memotong[4], tetapi tidak dibenarkan berkelakuan yang berupa gangguan seperti menggunakan lampu tinggi dalam jangka masa panjang. Menghalang kenderaan lain memotong juga adalah satu kesalahan.
  • Tayar yang digunakan mestilah disahkan mengikut kelajuan maksimum kenderaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Europas erste Autobahn wird 75". Spiegel Online (dalam bahasa German). 2007-08-04.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ German Myth 8 Hitler and the autobahn Diarkibkan 2006-05-08 di Wayback Machine German.about.com
  3. ^ Noetigung
  4. ^ § 5 Diarkibkan 2007-09-26 di Wayback Machine (5) StVO

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]