Autonomi Alash

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Алаш аутономиясы
Autonomi Alash
Negara yang tidak diiktiraf

1917–1920

Bendera

Moto
Oyan, Qazaq! (Bangun, Kazakh!)
Ibu negara Alash-qala
Bahasa Kazakhstan, Rusia
Agama Ahli Sunah Waljamaah
Kerajaan Republik
Pengerusi Alash Orda Alikhan Bokeikhanov
Zaman bersejarah Perang Dunia I
 - Diasaskan 13 Disember 1917
 - Dibubarkan 26 Ogos 1920

Autonomi Alash (Bahasa Kazakhstan: Алаш аутономиясы, Alaş awtonomïyası; Bahasa Rusia: Алашская автономия, Alashskaya avtonomiya) ialah negara yang wujud antara 13 Disember 1917 hingga 26 Ogos 1920. Ia terletak lebih kurang di dalam wilayah Republik Kazakhstan kini. Ibu kotanya Semey (kekadang juga dirujuk sebagai Alash-qala).

Autonomi Alash diisytiharkan oleh orang Kazakh pada Disember 1917. Para pemimpin Alash mengasaskan Alash Orda, sebuah pemerintahan Kazakh yang berpihak dengan Tentera Putih yang ketika itu berlawan dengan tentera Bolshevik. Pada 1919, ketika Tentera Putih kelihatan akan kalah, pemerintahan Autonomi Alash mula berunding dengan pihak Bolshevik.

Antara 191920, tentera Bolshevik menewaskan Tentera Rusia Putih di kawasan ini dan menduduki Kazakhstan. Pemerintahan Soviet kemudian membubarkan Autonomi Alash pada 26 Ogos 1920 dan mengasaskan Republik Sosialis Soviet Autonomi Kyrgyz yang pada 1925 menukarkan namanya menjadi Republik Sosialis Soviet Autonomi Kazakh lalu menjadi Republik Sosialis Soviet Kazakh pada 1936.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]