Autonomisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buku lima terangkat, lambang bantahan stensil Autonome di Ernst-Kirchweger-Haus, Vienna, Austria.

Autonomisme merujuk kepada seluruh gerakan sosial dan politik saya kiri serta juga teorinya yang mirip dengan sosialisme. Sebagai sebuah sistem teori yang berasingan, ia berasal daripada komunisme pekerja (operaismo) dan muncul buat kali pertama di Itali pada 1960-an. Kecendurungannya kepada pasca-Marxis dan anarkis kemudian menjadi ketara selepas dipengaruhi oleh:

Autonomisme mempengaruhi gerakan pusat sosial Autonomen di Jerman dan Belanda, dan masih amat berpengaruh di Itali, dan Perancis, serta pada takat yang agak kurang di negara-negar bertuturan bahasa Inggeris. Mereka yang mengaitkan diri dengan autonomisme kini berbeza-beza daripada penyokong Marxisme sehingga penyokong pasca-strukturalisme dan faham anarkis.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Istilah Autonomia /Autonome berasal daripada perkataan Greek, "auto'-nomo*s", yang merujuk kepada seseorang yang hidup mengikut peraturan sendiri. Autonomi, daripada segi ini, bukannya kebebasan. Sedangkan kebebasan merujuk kepada jenis kehidupan autarki yang terasing daripada komuniti, autonomi merujuk kepada kehidupan dalam masyarakat tetapi mengikut peraturan sendiri. Justera, Aristotle menganggap bahawa hanya haiwan dan dewa-dewi dapat mencapai kebebasan dan kehidupan secara terasing daripada polis ("komuniti"), manakala Immanuel Kant mentakrifkan Kesedaran mengikut autonomi fikiran dan "Sapere aude" ("berani mengambil tahu") yang termasyhur.

Teori Marxisme Autonomis[sunting | sunting sumber]

Berbeza dengan bentuk Marxisme yang lain, Marxisme Autonomis menegaskan keupayaan kelas pekerja untuk memaksa perubahan sistem kapitalis tanpa kebergantungan kepada negara, kesatuan sekerja atau parti politik. Penyokong autonomisme kurang mengendahkan pembentukan parti politik, berbanding dengan penyokong Marxisme yang lain dan sebaliknya, menumpukan tindakan swapengaturan di luar struktur organisasi tradisional. Justera, Marxisme Autonomis merupakan sebuah teori "bawah ke atas". Ia menarik perhatian kepada kegiatan-kegiatan yang penyokong autonomisme melihat sebagai penentangan kelas pekerja sehari-hari terhadap kapitalisme, misalnya ketakhadiran, pekerjaan lambat, dan pensosialan di tempat kerja.

Seperti dengan penyokong Marxis yang lain, penyokong autonomisme melihat perjuangan kelas sebagai amat sangat penting. Bagaimanapun, mereka mempunyai takrif kelas pekerja yang lebih longgar, berbanding dengan penyokong Marxis yang lain. Selain daripada pekerja berupah (baik pekerja kolar biru mahupun pekerja kolar putih), penyokong autonomisme juga merangkumi mereka yang tidak berupah (pelajar, penganggur, suri rumah, dan sebagainya) yang secara tradisi, tidak mempunyai sebarang perwakilan kesatuan.

Para ahli teori yang awal (seperti Mario Tronti, Antonio Negri, Sergio Bologna, dan Paolo Virno) mengembangkan gagasan "tak material" dan "buruh sosial" yang memperluas konsep buruh Marxis kepada seluruh masyarakat. Mereka mencadangkan bahawa kekayaan masyarakat moden juga dihasilkan oleh kerja kolektif yang tidak diambil kira dan hanya sedikit daripada kekayaan itu dibahagikan kepada pekerja dalam bentuk upah. Justera, penyokong autonomisme menekankan pentingnya feminisme dan nilai kerja perempuan tak berbayar kepada masyarakat kapitalis.

Autonomisme Itali[sunting | sunting sumber]

Marxisme Autonomis — dirujuk di Itali sebagai operaismo yang secara harfiahnya bermakna "faham pekerja" — muncul buat kali pertama di Itali pada awal 1960-an. Kemunculan autonomisme awal dapat dikesani puncanya daripada ketakpuasaan pekerja automotif di Turin terhadap kesatuan mereka yang mencapai persetujuan dengan FIAT. Kekecewaan pekerja itu terhadap perwakilan teratur, bersama-sama dengan rusuhan yang menyusul (khususnya "fatti di Piazza Statuto", rusuhan pekerja FIAT di Turin pada 1962) merupakan faktor utama dalam pembangunan teori perwakilan buruh swapengaturan di luar ruang lingkup perwakilan tradisional seperti kesatuan sekerja.

Pada 1969, pendekatan operaismo dipeluk, terutamannya, oleh dua kumpulan yang berasingan:

Sebaliknya, Mario Capanna, penulis dan ahli politik Itali, merupakan pemimpin yang berkarisma kepada gerakan pelajar Milan yang cenderung mengutamakan pendekatan Marxis-Leninis klasik.

Pengaruh[sunting | sunting sumber]

Melalui terjemahan Danilo Montaldi dan penulis yang lain, penyokong autonomisme Itali mempergunakan kajian aktivis Johnson-Forest Tendency di Amerika Syarikat dan kumpulan Socialisme ou Barbarie di Perancis. Johnson-Forest Tendency telah mengkaji kehidupan dan perjuangan kelas pekerja dalam industri automotif dan menerbitkan risalah seperti:

  • "The American Worker" (1947);
  • "Punching Out" (1952); dan
  • "Union Committeemen and Wildcat Strikes" (1955).

Karya-karya itu diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh Socialisme ou Barbarie dan diterbitkan secara bersiri di dalam jurnalnya. Penyokong autonomisme Itali kemudian juga mula mengkaji dan menulis tentang apa yang sedang berlaku di dalam kedua-dua tempat bekerja kilang automotif dan pejabat insurans.

Jurnal Quaderni Rossi ("Buku Nota Merah"), bersama-sama dengan penggantinya, Classe Operaia ("Kelas Pekerja"), juga mempengaruhi perkembangan autonomisme yang awal. Kedua-dua itu diasaskan oleh Antonio Negri dan Mario Tronti, dengan Quaderni Rossi diterbitkan antara 1961 hingga 1965, dan Classe Operaia diterbitkan antara 1963 hingga 1966.

Stesen radio haram juga merupakan salah satu faktor dalam penyebaran gagasan dan teori autononisme, dengan Radio Alice di Bologna merupakan salah satu contoh stesen tersebut.

Tindakan langsung[sunting | sunting sumber]

Mulai dari 1966, selepas pembunuhan pelajar Paolo Rossi di Rome University oleh para penyokong fasis, gerakan pelajar Itali melibatkan diri dalam pelbagai operasi tindakan langsung, termasuk rusuhan dan pendudukan universiti, bersama-sama dengan kegiatan-kegiatan yang lebih aman seperti swapengurangan. "Swapengurangan" merujuk kepada keengganan untuk membayar perkhidmatan dan barangan seperti pengangkutan awam, elektrik, gas, sewa, dan makanan. Banyak pertempuran berlaku antara pelajar ("Movimento studentesco") dan pihak polis semasa:

Pada 11 Mac 1977, rusuhan berlaku di Bologna, selepas pembunuhan seorang pemuda oleh pihak polis. Kemudian pada 1979, pemerintahan Itali mendakwa gerakan autonomis di mahkamah atas tuduhan melindungi Briged Merah yang menculik dan membunuh Aldo Moro. 12,000 orang aktivis sayap kiri-jauh ditahan, dengan 600 orang melarikan diri, termasuk 300 orang ke Perancis dan 200 orang yang lain ke Amerika Selatan.[1].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rencana[sunting | sunting sumber]