Ayam hutan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ayam Hutan)
Lompat ke: pandu arah, cari
Ayam hutan
Ayam hutan Hijau, (Gallus varius)
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Order: Galliformes
Keluarga: Phasianidae
Subkeluarga: Phasianinae
Genus: Gallus
Brisson, 1760
Species
  • Gallus gallus
  • Gallus lafayetii
  • Gallus sonneratii
  • Gallus varius

Ayam hutan adalah salah satu dari empat spesis burung hidup dari genus Gallus dalam turutan burung Gallinaceous yang mana boleh didapati di India, Sri Lanka dan Asia Tenggara.

Ia adalah sejenis burung besar dengan bulu berwarna-warni pada jantan. Sepertimana kebanyakan burung dalam keluarga merak yang lain, ayam jantan tidak mempunyai peranan dalam pengeraman telur atau membesarkan anak. Tugas-tugas ini dilakukan oleh ayam betina.

Selain memakan bijiran, ayam hutan terutamanya ayam muda juga memakan serangga.

Salah satu spesis dalam genus ini, ayam hutan Merah dipercayai merupakan nenek moyang kepada ayam belaan pada hari ini, walaubagaimanapun ayam hutan Kelabu juga mungkin terlibat.[1]

Ayam hutan Sri Lanka merupakan burung kebangsaan bagi negara Sri Lanka.

Spesies[sunting | sunting sumber]

Pada zaman pra-sejarah, genus Gallus boleh didapati di seluruh Eurasia; faktanya ia juga berevolusi di tenggara Eropah. Beberapa fosil spesis telah diperincikan, akan tetapi perbezaannya tidak diterangkan dengan jelas dalam kesemua kes:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Eriksson J, Larson G, Gunnarsson U, Bed'hom B, Tixier-Boichard M, et al. (2008) Identification of the Yellow Skin Gene Reveals a Hybrid Origin of the Domestic Chicken. PLoS Genet January 23, 2008 [1].