Ayam Pegar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ayam Pegar
Seekor ayam Pegar jantan
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Burung
Order: Galliformes
Famili: Phasianidae
Subfamili: Phasianinae
Genus: Lophura
Spesies: L. ignita
Nama binomial
Lophura ignita
(Shaw, 1797)

Ayam Pegar ialah sejenis burung kuang yang boleh didapati di Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan Sumatera. Nama saintifiknya ialah Lophira ignita.[1]

Ia disenaraikan dalam Appendiks III CITES di Malaysia, di mana ia dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972/Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.[2]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Ayam Pegar bersaiz antara 55 hingga 70 sm panjang, dengan panjang ekor 15-30 sm. Berat badannya antara 1.6 kg hingga 2.6 kg. Burung jantan lebih besar daripada burung betina. Kedua-dua jantina juga boleh dikenalpasti melalui jambul dan kulit muka berwarna biru.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Ia makan padi, daun muda, buah dan haiwan kecil.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Telur Ayam Pegar berwarna putih krim. Sebanyak 4-8 telur akan dieramkan sehingga beberapa minggu. Anak burung mempunyai bulu coklat kehitaman di bahagian atas dan kelabu putih di bahagian bawah.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Ia boleh dijumpai di hutan tanah pamah kecuali hutan paya gambut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z