Ayam Sumatra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ayam Sumatra
Blauwe sumatra.jpg
Seekor ayam Sumatra jantan
Nama lain Ayam Sumatra
Negara asal Indonesia
Pengelasan
Ayam (Gallus gallus domesticus)

Ayam Sumatra adalah sejenis baka ayam yang berasal dari pulau Sumatra. Ayam ini asalnya diimport daripada Sumatra pada tahun 1847 ke Amerika Syarikat dan Eropah bagi tujuan sabung ayam, akan tetapi ia kini diternak bagi tujuan pemeran. Ayam Sumatra Hitam mula dimasukkan ke dalam American Standard of Perfection pada tahun 1883.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Tujuan utama ayam ini dibiakkan adalah bagi tujuan hiasan kerana memiliki bulu yang menarik. Bulunya seringkali berwarna hitam kehijau-hijauan di seluruh badan dan ekor. Kelainan yang lain adalah biru dan putih. Ayam jantan biasanya memiliki berat di antara 4 hingga 5 paun, dan ayam betina 312 hingga 4 paund. Ia mampu bertelur kira-kira 100 biji telur berwarna putih setiap tahun. Kedua-dua ayam jantan dan betina tidak mempunyai balung, dan ayam jantan biasanya mempunyai banyak taji[1]. Baka Sumatra dianggap sebagai sejenis baka primitif; ia memiliki keupayaan untuk terbang, tidak seperti kebanyakan baka-baka moden yang lain. Ayam jantan akan bertarung untuk kekuasaan, akan tetapi tidak seperti kebanyakan baka lain, ia tidak akan berlawan sehingga mati.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. American Poultry Association (1998). The American Standard of Perfection. Petaluma, CA: Global Interprint. 
  • The American Standard of Perfection (2001), American Poultry Association
  • Ekarius, Carol (2007). Storey's Illustrated Guide to Poultry Breeds. 210 MAS MoCA Way, North Adams MA 01247: Storey Publishing. ISBN 978-1-58017-667-5. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]