Ayer Keroh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ayer Keroh

Ayer Keroh ialah sebuah bandar yang terletak di mukim Bukit Katil, Melaka, Malaysia. Kawasannya meliputi dari tol Ayer Keroh sehingga ke Persimpangan Tun Ghaffar Baba. Ayer Keroh bersempadan dengan Bukit Beruang dan Bukit Katil. Kawasan ini telah dibangunkan oleh kerajaan negeri Melaka dan menjadi pusat pentadbiran kerajaan negeri Melaka sekarang. Ayer Keroh terletak kira-kira 2 jam dari Kuala Lumpur dan 4 jam dari Johor Bahru.

Sebagai negeri yang menjadi tumpuan pelancong dari luar Melaka mahupun luar negara Malaysia, terdapat sebuah organisasi kerajaan yang berperanan penting dalam memperkenalkan Melaka di mata dunia.

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,(JKKN) Melaka yang dahulunya dikenali sebagai Taman Budaya Negeri Melaka telah mula dibina pada bulan Jun 2003 dan telah siap dibina pada bulan Disember 2004 diatas tanah berukuran 9.0 ekar di atas sebahagian Lot 12332 Mukim Bukit katil, Daerah Melaka Tengah, Melaka. Kompleks JKKN Melaka ini terletak 1 Km dari Plaza tol Ayer Keroh dan bersebelahan dengan Hotel Seri Malaysia serta berhampiran dengan Komplek Kraf Melaka.

Sebagai usaha untuk mengekalkan budaya dan seni Malaysia, kraftangan juga salah satu lambang budaya dan seni Malaysia yang tiada di luar negara. Di Komplek Kraf Melaka terdapat sebuah syarikat pemasaran yang bermain peranan penting dalam usahasama antara organisasi kerajaan dan swasta untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat Malaysia mahupun pelancong luar Malaysia.

Matlamat pembinaan Kompleks JKKN Melaka adalah untuk dijadikan sebagai pusat aktiviti kebudayaan Negeri Melaka dan pusat rujukan kebudayaan dan kesenian tempatan. Pembinaanya adalah untuk membantu penggiat / karyawan Seni Budaya serta masyarakat setempat bersama- sama menyemarakkan seni dan budaya di Negeri Melaka.

Manakala, Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. adalah syarikat milik penuh oleh Malaysian Handicraft Development Corporation, sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia. www.karyaneka.com.my

Menempatkan cawangannya https://m.facebook.com/karyaneka.komplekskrafmelaka.1?ref=bookmarks di Komplek Kraf Melaka https://m.facebook.com/kraftangan.melaka?ref=bookmarks dengan objektif utama untuk membantu usahawan kraf tempatan.

Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri[sunting | sunting sumber]

Majlis Penbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) merupakan kawasan pentadbiran kerajaan negeri Melaka yang terletak di kawasan Ayer Keroh. Di dalam kawasan ini terletaknya Seri Negeri, iaitu pusat pentadbiran kerajaan negeri Melaka serta Wisma Persekutuan yang menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri. Bekas bangunan Wisma Persekutuan yang terletak di Hang Tuah Mall telah digunakan oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang menempatkan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Di Ayer Keroh, terdapat dua buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh dan Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin serta sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh. Terdapat juga sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Ayer Keroh iaitu Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah. Semua sekolah ini dibina bagi menampung jumlah murid-murid yang terlalu ramai di kawasan Ayer Keroh. Di Ayer Keroh juga ditempatkan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal yang bertempat di Kampus Industri milik Universiti Teknikal Malaysia Melaka, iaitu salah sebuah universiti awam atau IPTA. Sebuah kolej persendirian iaitu Kolej Yayasan Saad terletak berhampiran dengan kawasan tol Ayer Keroh.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Hospital Pantai Ayer Keroh

Poliklinik Komuniti Ayer Keroh milik kerajaan terletak berdekatan dengan kawasan Hang Tuah Jaya memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar. Poliklinik ini menyediakan kemudahan seperti perkhidmatan sinar-x dan juga ambulans. Sebuah hospital swasta iaitu Hospital Pantai Ayer Keroh juga beroperasi di sini bagi menyediakan kemudahan perubatan kepada mereka yang berkemampuan.

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Ayer Keroh mempunyai beberapa kawasan pelancongan yang menarik dan merupakan antara destinasi utama selain bandar Melaka yang dikunjungi pelancong-pelancong tidak kira sama ada dari dalam dan luar negara. Berikut merupakan tempat-tempat pelancongan di Ayer Keroh:

  1. Kampung Buku Malaysia
  2. Taman Mini Malaysia
  3. Taman Mini Asean
  4. Zoo Melaka
    Pintu Gerbang Ayer Keroh
  5. Taman Botanikal Melaka
  6. Taman Buaya Melaka
  7. Taman Budaya Melaka
  8. Muzium Orang Asli
  9. Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka

Ada beberapa tempat penginapan yang menyediakan kemudahan penginapan kepada para pelancong. Antaranya ialah Kings Hotel yang terletak berhadapan dengan Hospital Pantai Ayer Keroh, Hotel Seri Malaysia yang terletak berdekatan dengan Pintu Gerbang Ayer Keroh serta Philea Resort & Spa yang terletak berdekatan dengan tol Ayer Keroh.

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka

Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang terletak di Ayer Keroh menyediakan tempat untuk mengadakan aktiviti sama ada di peringkat negeri mahupun negara. Dataran Sejarah pula merupakan tempat untuk pengunjung bersantai dan bermain bola sepak. Di situ juga terdapat sebuah jam besar yang memainkan lagu Dondang Sayang setiap jam.

Pusat membeli-belah[sunting | sunting sumber]

Ayer Keroh mempunyai beberapa pusat membeli-belah yang terkemuka. Antaranya ialah:

  1. Jusco Ayer Keroh
  2. Mydin Mall MITC Melaka
  3. Melaka Mall

Melaka Mall menempatkan beberapa pusat membeli-belah yang lain. Antaranya ialah Parkson, Giant dan panggung wayang MBO. Ia juga menempatkan pejabat Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

DUN Ayer Keroh, Melaka dimenangi oleh pembangkang, Khoo Poay Tiong dari parti DAP semasa Pilihan raya umum Malaysia 2008.

Koordinat: 2°16′N 102°17′E / 2.267°N 102.283°E / 2.267; 102.283