Ayer Tawar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 4°13′12″N 100°44′24″E / 4.22000°N 100.74000°E / 4.22000; 100.74000

Ayer Tawar
Bandar
Kampung Baru Ayer Tawar
Kampung Baru Ayer Tawar
Negara Malaysia
NegeriPerak
DaerahManjung
Poskod
32xxx

Ayer Tawar adalah sebuah bandar yang terletak di daerah Manjung, negeri Perak, Malaysia dan mempunyai penduduk seramai 30,000. Bandar ini kurang terkenal daripada jiran terdekatnya, iaitu Sitiawan yang terletak 15 kilometer jauhnya.Beberepa tempat yang dekat adalah Bota Kanan dan Kampung Rajah Hitam.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Ayer Tawar terletak kira-kira 60 kilometer jauh ke barat ibu negeri, Ipoh, dan 22 kilometer dari Lumut di mana pangkalan tentera laut terbesar Malaysia terletak.

Bandar ini dibahagikan kepada dua bahagian yang dikenali sebagai Bandar Lama dan Bandar Baru oleh Sungai Ayer Tawar.Ironinya, bangunan-bangunan tertentu di Bandar Lama bahkan lebih baru daripada di Bandar Baru akibat pembangunan semula, dari kebakaran yang berulang-ulang yang telah memusnahkan kedai-kedai runcing kayu yang asli.Hari ini, pembangunan sedang berjalan di Bandar Baru di sepanjang deretan rumah kedai di sebelah Jalan Sekolah, jalan menuju Sekolah Rendah Cina Min Te Cina, yang merupakan sekolah tertua di bandar ini.

Selain itu, terdapat beberapa sekolah rendah lain di dalam perbandaran.Contohnya Sekolah Rendah Tamil Ayer Tawar, Sekolah Rendah Pei Min di Kampong Raja Hitam, Sekolah Rendah Merbau di Kampung Merbau Dan Sekolah Rendah Cina Ayer Tawar.

Beberapa tanda yang penting di Ayer Tawar termasuk: Gereja Methodist Cina, Kuil Sembilan Maharaja Kaisar Tuhan, Kuil Krishna Hindu, 2 biara Buddha Guang Ji Gong, Nan Hai Guangying dan Bangunan Persatuan Kutien.

Cara ke sana[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ayer Tawar pada asalnya diterokai oleh Orang-Orang Sumatra yang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu. Ada pendapat yang mengatakan orang-orang Sumatra ini kebanyakan mereka datang dari Daerah Panai, Sumatra Timur, Daerah Kota Pinang , Labuhan Batu serta beberapa wilayah lain seperti Batu Bara dan lain-lain. Ada juga pendapat yang mengaitkan penghijrahan orang-orang Sumatra ini kerana kesan Perang Padri yang berlaku lingkungan tahun 1830-an.

Mereka membuka perkampungan Ayer Tawar sempena menamakan Sungai Ayer Tawar itu jernih, bersih dan tawar airnya. Maka dikatakan pada waktu itu dinamakan Kampung Ayer Tawar sempena dengan nama Sungai Ayer Tawar. Boleh dikatakan Penduduk Asal Ayer Tawar telah didiami oleh Orang-Orang Mandailing, Panai dan sedikit Jawa. Kebanyakan orang Mandailing yang menetap di Ayer Tawar ialah dari kalangan Marga Nasution, Hasibuan dan sedikit Lubis. Ini mungkin disebabkan kesan dari Perang Kelang yang berlaku pada penghujung tahun 1870-an. Kesan Perang Kelang ini telah membawa kepada penghijrahan Orang-orang Mandailing dari Kuala Lumpur ke Batu Gajah. Serpihan daripada pengikut-pengikut Raja Asal seperti orang kanan dan panglima mereka berhijrah dan membuka kebun di Ayer Tawar sebelum Penguasaan Inggeris sepenuhnya di Negeri Perak. Bukti ini masih jelas jika melihat ada terdapat bangunan-bangunan di Pekan Ayer Tawar yang dibangunkan oleh orang Mandailing berwarga Nasution dan sebagainya.

Orang-orang Jawa juga ada membuka perkampungan di Kampung Sungai Rambai mereka juga adalah berasal dari pulau Jawa. sama seperti orang-orang Panai, Mandailing dan Batu Bara yang berhijrah dari Pulau Sumatra.

Selepas penguasaan Inggeris di Negeri Perak melalui Perjanjian Pangkor 1874 Daerah Dindings telah dikuasai oleh bekas penjajah itu. Penguasaan Nahkoda Mohamad Taib seorang Penguasa kawasan Lumut yang bertapak di Kuala Sepit telah mendapat restu daripada Sultan Perak waktu itu. Namun semasa perjanjian Pangkor pihak Nahkoda Mohamad Taib tidak dilibatkan. Ini menyebabkan ramai pengikut Nahkoda Mohamad Taib telah beransur-ansur Pindah dari Kuala Sepit dan membuka perkampungan Baru di Kampung Sitiawan, Segari dan beberapa kawasan berhampiran sungai Dingings yang lain. Hasil percampuran dan perkahwinan ada dikalangan mereka yang berkahwin dengan orang-orang di Ayer Tawar dan Kampung Baru. Maka dengan itu Persaudaraan diantara seagama telah berkembang dalam Daerah Dindings itu sendiri.

Kemasukan peniaga dan pekebun berbangsa Cina di Ayer Tawar telah membuka peluang perniagaan kepada kaum itu. Orang-orang Mandailing dan Melayu diAyer Tawar telah menjual tanah-tanah mereka untuk mendapatkan wang kerana kemerosotan ekonomi pada awal tahun 1900-an. Banyak Tanah-tanah mereka telah dijual kepada orang-orang Cina sehingga mereka berpindah dan membuka kawasan baru di Kampung Ayer Tawar. Kini Kampung Ayer Tawar yang jauhnya 4 Kilometer dari Pekan Ayer Tawar masih kekal sebagai Perkampungan orang-orang Mandailing dan orang-orang Panai yang terbaris dari Batu 16 hingga Batu 20 menghala Jalan ke Bruas merupakan warisan sejarah Ayer Tawar yang tidak ternilai.

Golongan Etnis ini dikatakan mempunyai kaitan dengan kebangkitan semangat Nasionalisme di Perak seperti Adam Malik,Aminuddin Baki, serta tokoh-tokoh lain yang terbilang.

Kini sumber Ekonomi Ayer Tawar ialah Pertanian, Pekebunan Kelapa Sawit, Getah dan sedikit sayur-sayuran. Pekan Ayer Tawar sedang pesat membangun seiring dengan Pembangunan Daerah Manjung yang kini menjadi Bandar Pelancongan. Kepesatan ini telah membawa era pemodenan daerah dan pembangunan pendidikan. Ramai warga muda telah berpindah ke Bandar Besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang , Singapura dan lain-lain.

Kampung[sunting | sunting sumber]

Masjid[sunting | sunting sumber]