Ayer Tawar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 4°13′12″U 100°44′24″T / 4.22°U 100.74°T / 4.22; 100.74 Mukim Ayer Tawar terletak di daerah Manjong, negeri Perak, Malaysia. Pekan Ayer Tawar berhampiran dengan Sitiawan, Bota Kanan dan Kampung Rajah Hitam.

Cara ke sana[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ayer Tawar pada asalnya diterokai oleh Orang-Orang Sumatra yang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu. Ada pendapat yang mengatakan orang-orang Sumatra ini kebanyakan mereka datang dari Daerah Panai, Sumatra Timur, Daerah Kota Pinang , Labuhan Batu serta beberapa wilayah lain seperti Batu Bara dan lain-lain. Ada juga pendapat yang mengaitkan penghijrahan orang-orang Sumatra ini kerana kesan Perang Padri yang berlaku lingkungan tahun 1830-an.

Mereka membuka perkampungan Ayer Tawar sempena menamakan Sungai Ayer Tawar itu jernih, bersih dan tawar airnya. Maka dikatakan pada waktu itu dinamakan Kampung Ayer Tawar sempena dengan nama Sungai Ayer Tawar. Boleh dikatakan Penduduk Asal Ayer Tawar telah didiami oleh Orang-Orang Mandailing, Panai dan sedikit Jawa. Kebanyakan orang Mandailing yang menetap di Ayer Tawar ialah dari kalangan Marga Nasution, Hasibuan dan sedikit Lubis. Ini mungkin disebabkan kesan dari Perang Kelang yang berlaku pada penghujung tahun 1870-an. Kesan Perang Kelang ini telah membawa kepada penghijrahan Orang-orang Mandailing dari Kuala Lumpur ke Batu Gajah. Serpihan daripada pengikut-pengikut Raja Asal seperti orang kanan dan panglima mereka berhijrah dan membuka kebun di Ayer Tawar sebelum Penguasaan Inggeris sepenuhnya di Negeri Perak. Bukti ini masih jelas jika melihat ada terdapat bangunan-bangunan di Pekan Ayer Tawar yang dibangunkan oleh orang Mandailing berwarga Nasution dan sebagainya.

Orang-orang Jawa juga ada membuka perkampungan di Kampung Sungai Rambai mereka juga adalah berasal dari pulau Jawa. sama seperti orang-orang Panai, Mandailing dan Batu Bara yang berhijrah dari Pulau Sumatra.

Selepas penguasaan Inggeris di Negeri Perak melalui Perjanjian Pangkor 1874 Daerah Dindings telah dikuasai oleh bekas penjajah itu. Penguasaan Nahkoda Mohamad Taib seorang Penguasa kawasan Lumut yang bertapak di Kuala Sepit telah mendapat restu daripada Sultan Perak waktu itu. Namun semasa perjanjian Pangkor pihak Nahkoda Mohamad Taib tidak dilibatkan. Ini menyebabkan ramai pengikut Nahkoda Mohamad Taib telah beransur-ansur Pindah dari Kuala Sepit dan membuka perkampungan Baru di Kampung Sitiawan, Segari dan beberapa kawasan berhampiran sungai Dingings yang lain. Hasil percampuran dan perkahwinan ada dikalangan mereka yang berkahwin dengan orang-orang di Ayer Tawar dan Kampung Baru. Maka dengan itu Persaudaraan diantara seagama telah berkembang dalam Daerah Dindings itu sendiri.

Kemasukan peniaga dan pekebun berbangsa Cina di Ayer Tawar telah membuka peluang perniagaan kepada kaum itu. Orang-orang Mandailing dan Melayu diAyer Tawar telah menjual tanah-tanah mereka untuk mendapatkan wang kerana kemerosotan ekonomi pada awal tahun 1900-an. Banyak Tanah-tanah mereka telah dijual kepada orang-orang Cina sehingga mereka berpindah dan membuka kawasan baru di Kampung Ayer Tawar. Kini Kampung Ayer Tawar yang jauhnya 4 Kilometer dari Pekan Ayer Tawar masih kekal sebagai Perkampungan orang-orang Mandailing dan orang-orang Panai yang terbaris dari Batu 16 hingga Batu 20 menghala Jalan ke Bruas merupakan warisan sejarah Ayer Tawar yang tidak ternilai.

Golongan Etnis ini dikatakan mempunyai kaitan dengan kebangkitan semangat Nasionalisme di Perak seperti Adam Malik,Aminuddin Baki, serta tokoh-tokoh lain yang terbilang.

Kini sumber Ekonomi Ayer Tawar ialah Pertanian, Pekebunan Kelapa Sawit, Getah dan sedikit sayur-sayuran. Pekan Ayer Tawar sedang pesat membangun seiring dengan Pembangunan Daerah Manjung yang kini menjadi Bandar Pelancongan. Kepesatan ini telah membawa era pemodenan daerah dan pembangunan pendidikan. Ramai warga muda telah berpindah ke Bandar Besar seperti Kuala LUmpur, Pulau Pinang , Singapura dan lain-lain.

Kampung[sunting | sunting sumber]

Masjid[sunting | sunting sumber]