Ayub Rahmat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Datuk Haji

Ayub Rahmat

DPSM (Melaka); AMN, PPN; PSI
أيوب بن رحمة
Datuk Ayub Rahmat
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
(Kesihatan dan Persekitaran : 9 Julai 2013–12 Mac 2017)
(Kesihatan, Persekitaran, Pendidikan dan Penerangan : 12 Mac 2017–12 Mei 2018)
Dalam jawatan
9 Julai 2013 – 12 Mei 2018
RajaSultan Ibrahim
Menteri BesarMohamed Khaled Nordin
Didahului olehRobia Kosai (Kesihatan)
Tan Kok Hong (Persekitaran)
Digantikan olehSahruddin Jamal (Kesihatan dan Persekitaran)
Aminolhuda Hassan (Pendidikan)
Sheikh Umar Bagharib Ali (Penerangan)
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Kemelah
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 9 Mei 2018
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehSulaiman Mohd Nor (AMANAHPH)
Majoriti7,047 (2004)
5,435 (2008)
2,260 (2013)
Butiran peribadi
LahirHaji Ayub bin Rahmat
(1969-05-25) 25 Mei 1969 (umur 54)
Segamat, Johor, Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikUMNO
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (BN)
Alma materUniversiti Utara Malaysia
PekerjaanAhli politik

Datuk Haji Ayub Rahmat (lahir 25 Mei 1969) adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Johor kawasan N4 Kemelah, Segamat, Johor selama tiga penggal dari tahun 2004 hingga tahun 2018. Beliau merupakan ahli UMNO//BN. Beliau kini merupakan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 25 Mei 1969 di Kampung Melayu Raya, Segamat, Johor.

Politik[sunting | sunting sumber]

Datuk Haji Ayub mula menceburkan diri dalam bidang politik pada tahun 1984 sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg Melayu Raya dan kemudian menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labis pada tahun 1998 hingga 2003. Pada tahun 2004, beliau memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor selama satu penggal sehingga tahun 2004.

Logo DAR

Walaupun tidak lagi memegang jawatan sebagai wakil rakyat, beliau tetap aktif melakukan kerja-kerja kebajikan dan membantu orang ramai terutamanya ketika situasi pandemi tahun 2020 sehingga sekarang. Beliau kini bergerak dengan jenama beliau sendiri; DAR (Datuk Ayub Rahmat).

Anugerah dan Pingat[sunting | sunting sumber]

1. MIM : Tun Abd Razak Leadership Award - 1993.

2. Anugerah Keusahawanan Alumni Universiti Utara Malaysia - 2004.

3. Anugerah Antara 100 Pelajar Berjaya Universiti Utara Malaysia - 2004.

4. Anugerah Laman Web Terbaik Negeri Johor ( Kategori ADUN ) - 2005

5. Anugerah Tokoh Belia Negeri Johor - 2007

6. Anugerah Jasa Belia Johor - 2010

7. Anugerah Kepimpinan Sukan Berjaya - 2010

Pingat Kebesaran[sunting | sunting sumber]

1. Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.) 2008

2. Ahli Mangku Negara (A.M.N.) 2009

3. Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) 2010 [1]

4. Pingat Sultan Ibrahim II (PSI II)

5. Pingat Jasa Cemerlang MAYC (JC) 2016

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Cadangan Hukum Hudud di Johor[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Jun 2012, dalam persidangan DUN Johor, beliau mencadangkan agar Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Perlaksanaan hudud di peringkat nasional hanya akan berlaku dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh Suruhanjaya Reid. UMNO Johor harus mengepalai usaha memahamkan golongan bukan Islam akan pelaksanaan hudud - satu perkara yang selama ini didakwa gagal dilaksanakan PAS. Kefahaman yang betul adalah kunci utama hudud diterima semua kaum merentasi kefahaman agama pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.

Johor hendaklah mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud sebenar yang menurutnya berbeza dengan hudud Pas. Hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud Pas yang hanya tertakluk kepada orang Islam. Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak pelaksanaan (di antara orang Islam dan bukan Islam)[2] Justeru itu PAS hendaklah menyokong UMNO bagi merealisasikan usaha itu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman memaklumkan bahawa cadangan itu masih merupakan cadangan dalam mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12. Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsuddin enggan memberi komen.[3] Cadangan itu pernah dikemukakan pada Disember 2011 tetapi tidak dilaporkan mana-mana akhbar.[perlu rujukan]

Bekas ahli parti Islam Hizbul Muslimin Malaya (1945), Menteri Besar Johor, Dato' Haji Hassan Yunus pernah berharap agar undang-undang Islam dalam Quran akan dapat juga dilaksanakan.

Presiden MCA Dr Chua Soi Lek menentang cadangan itu sebagai di luar dari mindanya. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya menyenaraikan pihak-pihak yang patut dilibatkan iaitu mufti-mufti, ulama-ulama, pakar-pakar perundangan, pakar perlembagaan, penguat kuasa di semua peringkat dan intelektual-intelektual yang bebas, raja-raja Melayu sebagai ketua Islam di negara ini dan wakil-wakil negara yang telah melaksanakannya.[4]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Negeri Johor[5][6]
Tahun Kerusi Undi Pct Pencabar Undi Pct Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
2004 N04 Kemelah, P141 Sekijang Ayub Rahmat (UMNO) 8,909 82.71% Suleiman Shuib (PAS) 1,862 17.29% 11,031 7,047 75.66%
2008 Ayub Rahmat (UMNO) 8,639 72.95% Mohd Barudin Nor (PKR) 3,204 27.05% 12,082 5,435 76.55%
2013 Ayub Rahmat (UMNO) 9,917 56.43% Natrah Ismail (PKR) 7,657 43.57% 17,803 2,260 87.20%
Dewan Rakyat[7][8][9][10][11][5][6]
Tahun Kerusi Undi Pct Pencabar Undi Pct Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
2018 P141 Sekijang, Johor Ayub Rahmat (UMNO) 18,278 48.31% Natrah Ismail (PKR) 19,559 51.69% 38,395 1,281 84.97%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/10/09/rosmah-mansor-dahului-senarai-penerima-darjah-kebesaran-negeri-melaka
  2. ^ ADUN Umno cadang Johor laksana hudud
  3. ^ "Johor tidak pernah bincang hukum hudud". Sinar Harian. 2 Julai 2012. Dicapai pada 4 September 2013.
  4. ^ Jangan ada ‘hudud Umno’, ‘hudud Pas’
  5. ^ a b "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  6. ^ a b "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  7. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 26 May 2010.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  8. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  9. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)Results only available for the 2013 election.
  10. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  11. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2018. Dicapai pada 26 October 2014.