Azalina Othman Said

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar
Datuk Azalina Othman Said


Menteri Pelancongan Malaysia
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
18 Mac 2008
Didahului oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Ahli Parlimen
untuk P157 Pengerang
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
2004

Lahir 31 Disember 1963
Parti politik Barisan Nasional - Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Pekerjaan Ahli politik
Agama Islam

Datuk Azalina Othman Said merupakan bekas Menteri belia dan Sukan Malaysia. Kini beliau memegang portfolio Menteri Pelancongan Malaysia.

[sunting] Latar belakang

Datuk Azalina telah dilahirkan di Johor Bahru pada 31 Disember 1963. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 1988. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di London School of Economics and Political Science, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang pada tahun 1990.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Undang-Undang di Messr Raja Darryl & Loh (1988-1989, 1991-1994). Setelah menimba pengalaman, beliau menjadi rakan kongsi di syarikat guaman Azalina Chan & Chia (1994-2001) dan kemudiannya Messrs Skine (2001-2002). Pada tahun 2002 sehingga kini, beliau menjadi rakan kongsi di Messrs Zaid Ibrahim & Co. dan kemudiannya Zaid Ibrahim & Co. LLP, Singapore mulai tahun 2003. Beliau pernah menjadi pengacara dalam rancangan Dateline Malaysia di ntv7.

==Politik== Pada Pilihan Raya Umum ke-11 dan ke-12, beliau telah menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Pengerang. Selain menjadi wakil rakyat, beliau juga memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Pengerang dan Menteri Belia Dan Sukan. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Belia dan Sukan UMNO, Ketua Biro Tindakan Sivil UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagi Ketua Penaja Puteri UMNO Malaysia pada April 2001 dan kemudiannya menjadi Ketua Puteri UMNO Malaysia yang pertama dilantik mulai 1 November 2002 hungga tahun 2004.

Beliau turut aktif dalam pelbagai kegiatan sosial dan kemasyarakatan. Beliau kini terlibat secara langsung sebagai Penasihat kepada organisasi-organisasi seperti Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPPMM), Gabungan Kontraktor & Pembinaan Wanita, Yayasan Pembangunan Malaysia, Women's Crisis Centre (WCC) dan Sisters in Islam.

Beliau turut melibatkan diri dalam Women Sport and Fitness Foundation (WSFFM) sebagai Presiden, iaitu satu-satunya badan bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian dengan National Council of Women's Organizations (NCWO).

Beliau pernah dianugerahkan Global Leader for Tommorow (GLT) pada tahun 2003 oleh Forum Ekonomi Dunia, Davos, Switzerland. Selain itu, beliau juga pernah menjadi hos rancangan-rancangan televisyen yang membincangkan isu-isu politik, ekonomi dan sosial seperti rancangan Dateline Malaysia dan Lidah Pengarang.

[sunting] Rujukan


Penyandang Terdahulu Ketua Puteri UMNO
200022 September 2004
Penyandang Kemudian
' Datuk Noraini Ahmad


Penyandang Terdahulu Menteri Belia dan Sukan
20048 Mac 2008
Penyandang Kemudian
Hishammuddin bin Tun Hussein Ismail Sabri Yaacob


Penyandang Terdahulu Menteri Pelancongan
18 Mac 2008 – kini
Penyandang Kemudian
Tengku Adnan Tengku Mansor "penyandang"
Alatan peribadi
Bahasa lain