Azean Irdawaty

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Azean Irdawaty
Album Azean Irdawaty
Latar belakang
Nama lahir Azean Irdawaty
Kelahiran 27 Februari 1950(1950-02-27)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Kematian 17 Disember 2013 (umur 63)
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon
Tahun aktif 1970-an - 2010-an

Azean Irdawaty ialah seorang pelakon Malaysia yang mula mencipta nama sebagai penyanyi era 1970-an dan kemudian meledak sebagai primadona layar perak akhir 70-an dan awal 80-an. Beliau meninggal dunia pada Selasa 17 Disember 2013 akibat penyakit tumor dan limfedema.[1]

Azean Irdawaty, mencipta nama di layar perak pada akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin. Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Pertama pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Beliau juga dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008. Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, beliau turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Beliau meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Filem[sunting | sunting sumber]

Drama TV[sunting | sunting sumber]

  • Ratu Jamu
  • Kembali
  • Datin Diaries
  • Aishah 50 Sen

Album[sunting | sunting sumber]

  • Rahsiaku Laguku (WEA - 1979)
  • Kesedihan Di Matamu (WEA - 1980)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Muzaffar Mustapa (18 Disember 2013). "Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty meninggal dunia". Astro Awani. Diperoleh pada 18 Disember 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]