Azimut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dalam gambar rajah, azimut ialah sudut di antara arah rujukan (N) dengan garisan dari pemerhati (Observer) ke titik pemerhatian (Star) yang diunjurkan kepada satah yang sama dengan arah rujukan (Horizon).

Azimut, daripada perkataan Bahasa Arab: السمت, assamt‎ bermaksud jalan, sebahagian atau suku,[1] ialah pengukuran sudut dalam sistem koordinat sfera. Vektor dari pemerhati kepada titik pemerhatian diunjurkan serenjang kepada satah rujukan; sudut di antara vektor unjuran dan vektor rujukan di satah rujukan ialah azimut.

Contoh azimut terdapat dalam pengukuran kedudukan bintang. Bintang itu merupakan titik pemerhatian, satah rujukan ialah ufuk atau permukaan laut, dan vektor rujukan diajukan ke arah utara. Dalam kes ini, azimut ialah sudut di antara titik utara (vektor rujukan) dan unjuran serenjang bintang tersebut ke bawah di ufuk.[2]

Azimut lazimnya diukur dalam unit darjah (°). Konsep ini digunakan dalam banyak aplikasi termasuk pandu arah, astronomi, kejuruteraan, pemetaan, pelombongan dan artileri.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Charles Knight. Arts and sciences: or, Fourth division of "The English encyclopedia", Volume 1. Bradbury, Evans & Co.. m/s. 772. 
  2. http://dictionary.reference.com/browse/azimuth

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Rutstrum, Carl, The Wilderness Route Finder, University of Minnesota Press (2000), ISBN 0-8166-3661-3
  • U.S. Army, Advanced Map and Aerial Photograph Reading, FM 21-26, Headquarters, War Department, Washington, D.C. (17 September 1941)
  • U.S. Army, Advanced Map and Aerial Photograph Reading, FM 21-26, Headquarters, War Department, Washington, D.C. (23 December 1944)
  • U.S. Army, Map Reading and Land Navigation, FM 21-26, Headquarters, Dept. of the Army, Washington, D.C. (7 May 1993)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]