Azizul Khamis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azizul Khamis
Kelahiran
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1978 – kini

AZIZUL KHAMIS merupakan seorang penyanyi berkelahiran Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak keenam daripada tujuh orang adik beradik dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Menengah Anglo Chinese Ipoh dan meneruskan pengajian di Institut Kesihatan Umum Bangsar Kuala Lumpur.

Beliau meminati bidang nyanyian sewaktu beliau berumur 6 tahun dan pada usia itu beliau mula menyanyi dengan kugiran. Lagu pertama beliau bersama kugiran di Ipoh ialah Salam Mesra yang pernah dipopularkan oleh penyanyi A. Halim.

Pada tahun 1978, beliau mencuba nasib dalam siri pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh RTM Ipoh iaitu Bintang Kelab RTM. Beliau merupakan peserta yang berjaya ke peringkat akhir. Pada tahun 1980, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dan mula berjinak-jinak dirinya dalam beberapa siri pertandingan nyanyian lagi dan menjuarainya beberapa kali. Di antaranya, Bintang Suara Emas Malaysia 1982, Bintang Golden Voice 1983, Bintang Suara Bandaraya 1984 dan beberapa lagi.

Berikutan daripada itu, pada tahun 1985, beliau mendapat tempat tawaran merakamkan album yang berjudul Kasih ke Mana Menghilang yang diterbitkan oleh Ansyary Mohd Ibrahim setelah beliau mendapat tempat kedua dan persembahan terbaik dalam pertandingan lagu patriotik pada tahun 1984 anjuran RTM.

Album[sunting | sunting sumber]

  • "Kasih ke Mana Menghilang"
  • "Kali Kedua"
  • "Ku Di Sini"
  • Album Kompilasi 1
  • Album Kompilasi 2
  • "Riang Ria Hari Raya"
  • AGOGO Brothers 1
  • AGOGO Brothers 2
  • AGOGO Brothers 3
  • "Alunan Mesra Hari Raya",
  • Album bersama Rohana Jalil