Azizulhasni Awang
| Azizul Hasni Awang | |
| Lahir | Mohd Azizulhasni B. Awang 5 Januari 1988 (umur 24) Dungun, Terengganu, Malaysia |
|---|---|
| Pekerjaan | Pelumba basikal |
| Tinggi | 1.70 m (5 ka 7 in)[1] |
| Berat | 70 kg (150 lb; 11 st) |
Mohammad Azizul Hasni bin Awang (lahir 5 Januari 1988) adalah seorang pelumba basikal trek profesional Malaysia. Azizul Hasni terkenal selepas memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada Januari 2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200m Kejohanan Trek Asia pada April 2008. Dia adalah pembawa bendera untuk pasukan kebangsaan Malaysia di Sukan Olimpik Beijing 2008. Dia disebut Azizul the pocketrocketman kerana tubuh badannya yang kecil. Azizul Hasni merupakan pelumba yang kini menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin.
Selain kejayaannya, Azizul juga terkenal kerana menunjukkan sikap tidak mengaku kalah apabila meneruskan kayuhan meskipun betisnya tertusuk serpihan kayu sepanjang 20sm ketika bertanding acara keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester, England pada Februari 2011. Beliau berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga.[2]
Isi kandungan |
[sunting] Latar belakang
Azizul Hasni Awang dilahirkan di Dungun, Terengganu, kelapan daripada sembilan adik-beradik. Beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Batu 48 di Dungun, dan meneruskan pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar di Dungun, sebelum memindahkan ke Sekolah Sukan Negara di Bukit Jalil. Kini, Azizul melanjutkan pelajaran di Deakin University, Australia dalam Sarjana Muda Perdagangan, pengkhususan dalam Pengurusan Sukan. Azizul telah berkahwin dengan Athiah Ilyana bt Abd Samat pada 30 Januari 2010.
Azizul memulakan kerjayanya selepas menonton perlumbaan abangnya. Beliau telah dilatih oleh Pasukan Berbasikal Dungun sebelum memasuki Sekolah Sukan. Beliau berterima kasih kepada arwah bapanya yang memberinya basikal terpakai sebagai ganjaran selepas dia mendapat 7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Azizul menerima tiga tawaran dari MRSM, Sekolah Sains dan Sekolah Sukan selepas itu. Oleh kerana minat beliau dalam berbasikal, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil.t
[sunting] Pencapaian
Antara pencapaian terbaik beliau tahun lepas termasuk emas acara keirin Siri Piala Dunia UCI 2 di Cali, Colombia (Disember), emas pada Sukan Asia, Guangzhou dalam acara yang sama serta dua emas dan satu perak pada kejohanan Trek Piala Asia ACC, Jepun (Jun).
- 2004 3º in Commonwealth Youth Championships, Track, 1 km, Bendigo
- 2006 1º in Asian Junior Games, Track, Sprint, Kuala Lumpur (MAS)
- 2008 1º in Melbourne, Keirin (AUS)
- 2009 1º in Beijing, Keirin (CHN)
- 2009 2º in World Championship, Track, Sprint, Elite, Pruszkow
- 2009 1º in Stage 3 Gran Caracol de Pista (COL)
- 2009 1º in Stage 6 Gran Caracol de Pista (COL)
- 2009 1º in Stage 7 Gran Caracol de Pista (COL)
- 2009 2º in Stage 10 Gran Caracol de Pista (COL)
- 2009 1º in General Classification Gran Caracol de Pista (COL)
- 2010 1º in Beijing, Keirin (CHN)
- 2010 2º in World Championship, Track, Keirin, Elite, København
- 2010 12º in World Championship, Track, Sprint, Elite, København
- 2010 3º in Commonwealth Games, Track, Team Sprint, Elite, Delhi
- 2010 1º in Asian Games, Track, Keirin, Guangzhou
- 2010 1º in Cali, Keirin (COL)
- 2011 3º in Manchester, Keirin (GBR)
[sunting] Rujukan
- ↑ "Athlete Biography - AWANG Mohd Azizulhasni". Tapak rasmi Olimpik Beijing. http://results.beijing2008.cn/WRM/ENG/BIO/Athlete/6/230136.shtml.
- ↑ Betis tembus tertusuk kayu Berita Harian Online. 21 Februari 2011.