Azlan Mohd Lazim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Azlan Mohd Lazim ialah bapa kepada Saiful Bukhari Azlan. Semasa pengakuan sumpah dibuat oleh anaknya, Azlan Mohd Lazim adalah antara saksi utama bersumpah anaknya. Terbaru, bapa Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim telah menarik balik kenyataannya yang dibuat pada 8 Mac lalu berhubung isu liwat anaknya dan mengaku ia benar-benar berlaku dan bukan konspirasi politik.[1]

Sumpah laknat[sunting | sunting sumber]

Pada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Saiful telah mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar. Upacara itu selama 15 minit disaksikan kira-kira 30 orang termasuk jurugambar dan juruvideo. Wartawan dari TV3 dilarang membuat rakaman tetapi rakaman dilakukan oleh 'unit media' yang tidak dikenali. Saiful membaca beberapa ayat al Quran termasuk Surah Al-Fatihah.[2][3]

Teks sumpah beliau ialah :

" Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

"Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat, wallahullam."

Antara saksi sumpah tersebut ialah bapa beliau sendiri, Azlan Mohd Lazim dan imam masjid tersebut Ramlang Porigi. Sidang media telah diadakan selepas itu di Hotel Dinasti, Kuala Lumpur.[4] Anwar Ibrahim tidak melakukan perkara sama selepas itu bagi menentang dakwaan Saiful.[5]

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula menyatakan bahawa lafaz sumpah Saiful Bukhari, bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sah mengikut lunas Islam kerana beliau mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.[6]

Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata bahawa sumpah Saiful tidak patut dipersoalkan kerana mereka yang mengangkat sumpah tersebut akan ditanggung bebannya ke seluruh keturunannya. Dengan itu sumpah Saiful akan turut ditanggung oleh anak dan zuriatnya.[7]

Sumpah Laknat di Mekah[sunting | sunting sumber]

Pada 9 April 2012, Saiful Bukhari telah bersumpah di hadapan Kaabah di Mekah berkaitan isu beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim. Beliau ke tanah suci mengerjakan umrah bersama arwah neneknya. Rakaman sumpah beliau dirakam sendiri olehnya melalui telefon bimbit.[8] Beliau juga menyatakan kenyataan sumpah yang dilafazkan kali pertama bukanlah datang dari pihaknya, tetapi sumpah itu disarankan oleh bekas mufti Perlis dan kesahihan sumpah itu menurut Islam disokong oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.[9]

Terbaru, bapa Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim telah menarik balik kenyataannya yang dibuat pada 8 Mac lalu berhubung isu liwat anaknya dan mengaku ia benar-benar berlaku dan bukan konspirasi politik.[10]

Pertahankan Tuduhan Saiful Bukhari[sunting | sunting sumber]

Azlan Mohd Lazim memohon Suhakam meneliti kes liwat yang melibatkan anaknya dengan pemimpin utama pakatan rakyat Anwar Ibrahim. Azlan menggesa pihak SUHAKAM, segera bertindak agar kes liwat anaknya tidak dilengah-lengahkan lagi. Beliau juga mengeluarkan kenyataan seperti berikut "Saya percaya bahawa hak anak saya sebagai mangsa dan warganegara yang dilindungi haknya menurut Perlembagaan perlu mendapat hak untuk diadili aduannya". [11]

Azlan juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau kesal dengan tindakan Anwar Ibrahim yang cuba melengah-lengahkan prosiding kes dengan keenganan Anwar Ibrahim untuk menyerahkan DNA kepada pihak polis untuk siasatan.[12]

Mohon Peguam Negara rayu kes[sunting | sunting sumber]

Azlan Mohd Lazim telah merayu kepada Peguam Negara untuk meneruskan rayuan terhadap kes liwat Anwar Ibrahim yang telah dibebaskan oleh mahkamah disebabkan oleh kesilapan teknikal. Ini kerana pada pendapat beliau, jika bukan kerana kesilapan teknikal, Anwar Ibrahim akan disabitkan kerana meliwat anak beliau Saiful Bukhari Azlan.[13]

Menukar kenyataan[sunting | sunting sumber]

Azlan telah menukar kenyataanya dan memohon maaf keatas Anwar Ibrahim dan keluarganya atas tuduhan kes liwat anaknya. Azlan juga menolak pengakuan yang dibuatnya ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati.[14]

Azlan cuba mengaitkan Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri kepada pertuduhan liwat yang dilakukan oleh anaknya kepada Anwar Ibrahim. Oleh kerana anaknya tidak dibela oleh UMNO dan Barisan Nasional, Azlan telah menarik balik kenyataan dan mengadakan sidang media untuk memohon maaf kepada Anwar Ibrahim. Namun begitu tindakan Azlan dikritik hebat oleh pihak pro-kerajaan dan juga pro-pembangkang kerana kenyataan tersebut telah merosakkan kredibiliti beliau.[15]

Reaksi Saiful Bukhari Azlan[sunting | sunting sumber]

Saiful Bukhari menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh bapanya dan masih lagi berpegang teguh kepada perjuangannya untuk mencari keadilan setelah diliwat oleh Anwar Ibrahim.[16] Saiful menyifatkan bapanya telah dipermainkan oleh Anwar Ibrahim semata-mata atas dasar politik. Saiful juga menambah bahawa sekalipun bapanya bertekad untuk menyertai Anwar Ibrahim, beliau tetap menyayangi bapanya dan akan mencari ruang untuk memaafkan bapanya itu. Namun, Saiful tetap dengan pendirian beliau bahawa Anwar Ibrahim perlu bertanggungjawab keatas apa yang telah dilakukan keatas diri beliau.[17]

Reaksi pemerhati politik Malaysia[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria[sunting | sunting sumber]

Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria telah menyatakan bahawa jika Azlan menjadi saksi kepada sumpah bohong, adalah satu dosa besar. Sebelum ini bapa Saiful yang kelihatan beria-ia ingin mempertahankannya, tetapi kini telah berubah hati dan belot kepada anaknya sendiri.[18]

Fathul Bari Mat Jahaya[sunting | sunting sumber]

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya, Azlan perlu menjalankan ujian poligraf bagi mengetahui status sebenar dirinya samada berbohong atau tidak. Ini kerana selain dari bersumpah laknat, Islam juga menerima teknik forensik untuk membuktikan sesuatu perkara. Ini termasuk ujian poligraf.[19]

Polis Di Raja Malaysia[sunting | sunting sumber]

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menyatakan kemungkinan Azlan akan dipanggil untuk mendapatkan keterangan dan siasatan lanjut. Azlan boleh dikenakan tindakan sekiranya kenyataan yang dikeluarkan olehnya adalah kenyataan palsu. Saiful Bukhari tidak akan dipanggil kerana kes mahkamah Saiful Bukhari telah dianggap selesai oleh pihak PDRM.[20]

Menyesal[sunting | sunting sumber]

Sebelum ini Azlan Mohd Lazim telah mengeluarkan kenyataan terhadap kes liwat anaknya telah dipergunakan oleh konspirasi politik.Azlan mengakui telah insaf dan menarik kembali kenyataan beliau pada 8 mac lalu.Azlan insaf dengan kenyataannya sebelum ini dan menyifatkannya sebagai pengkhianatan besar terhadap Saiful.Beliau juga menarik balik permohonan maafnya terhadap Anwar Ibrahim sekeluarga dan serta merta mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat PKR dan tidak akan menyertai mana-mana parti selepas ini.[21]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130502/po_02/Saiful-bersyukur-bapa-tarik-balik-kenyataan[pautan mati kekal]
  2. ^ Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 15 Ogos 2008
  3. ^ Saiful Bukhari Azlan bersumpah di youtube.
  4. ^ Saiful Mengangkat Sumpah Di Masjid Wilayah Persekutuan[pautan mati kekal]
  5. ^ http://says.com/my/seismik/saiful-vs-anwar-5-sebab-kenapa-penyokong-saiful-bukhari-yakin-beliau-diliwat
  6. ^ Mufti Perlis: Lafaz sumpah Saiful sah, cara pegang Al Quran salah.
  7. ^ Anwar asked to explain
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-13. Dicapai pada 2018-07-29.
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-29. Dicapai pada 2018-07-29.
  10. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130502/po_02/Saiful-bersyukur-bapa-tarik-balik-kenyataan[pautan mati kekal]
  11. ^ Arkib. "Bapa Saiful mohon Suhakam teliti kes Anwar"[pautan mati kekal], Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 4 Ogos 2008. Retrieved on 11 Mac 2013.
  12. ^ Arkib. "Bapa Saiful mohon Suhakam teliti kes Anwar" Diarkibkan 2013-10-29 di Wayback Machine, Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 4 Ogos 2011. Retrieved on 11 February 2013.
  13. ^ Bujang Senang. [http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=HnBUA4vxHts "AZLAN MOHD LAZIM BAPA SAIFUL -AKAN BUAT RAYUAN KEPADA PEGUAM NEGARA", Youtube, 11 Januari 2012. Retrieved on 11 Mac 2013.
  14. ^ http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bapa-saiful-bukhari-mengakui-kes-liwat-kedua-sebuah-konspirasi/.
  15. ^ RBF Online. "Kegagalan Umno Penuhi Permintaan Punca Azlan Mohd Lazim Sujud Kepada Anwar" Diarkibkan 2013-03-10 di Wayback Machine, RBF Online, Kuala Lumpur, 9 Mac 2013. Dicapai pada 11 Mac 2013.
  16. ^ BHonline1."Saiful pertahan tuduhan terhadap Anwar", Berita Harian, Kuala Lumpur, 8 March 2013. Diambil 12 March 2013.
  17. ^ Berita Harian Online. "Saiful sangkal bapa" Diarkibkan 2013-03-10 di Wayback Machine, Berita Harian, Kuala Lumpur, 9 Mac 2013. Diambil pada 12 Mac 2013.
  18. ^ SYED UMAR ARIFF. "Mufti: Azlan's credibility is now subject to scrutiny", New Straits Times, Kuala Lumpur, 10 Mac 2013. Diambil pada 12 Mac 2013.
  19. ^ Wan Noor Hayati Wan Alias dan Azahar Hashim. "Syor jalani ujian poligraf"[pautan mati kekal], Berita Harian, Kuala Lumpur, 11 Mac 2013. Diambil pada 12 Mac 2013.
  20. ^ Nor Fazlina Abdul Rahim. "Gaji baru polis, tentera diumum hari ini" Diarkibkan 2013-03-13 di Wayback Machine, Berita Harian, Kuala Lumpur, 11 Mac 2013. Diambil pada 12 Mac 2013.
  21. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130502/po_01/Ingin-kembali-ke-pangkal-jalan