Azlee Khairi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Azlee Khairi
Kelahiran Azlee Khairi Zulah Hainee
Januari 19, 1989 (1989-01-19) (age 25)
Padang Rengas, Negeri Perak
Warganegara Malaysia
Pusat pendidikan UiTM
Pekerjaan Pelakon, Model, Pengacara

Azlee Khairi atau nama penuhnya Azlee Khairi Zulah Hainee [1] merupakan pelakon dan model Malaysia. Azlee dilahirkan pada 19 Januari 1989 dan berasal dari Kuala Kangsar, negeri Perak. Beliau adalah bekas graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan filem.[2]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang dianjurkan buat pertama kali pada 22 Februari 2014, beliau telah merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Pilihan.


Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Tajuk Watak
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie cameo
2011 Raya Tak Jadi! Ali
2011 Ratu The Movie Johan
2011 Ombak Rindu Dr Borhan
2012 Bujang Terlajak Pemuda Misteri
Telefilem
Tahun Tajuk Watak
2010 Kemelut Cinta Azman
2011 Tarbiyah Ala Datin Ustaz Hafiz
2011 Geisha Melayu Terakhir
2011 Pusing Beraya Fendi dengan Neelofa
2011 Qaseh & Aiman Danny
2011 Korban Tak Jadi
2012 Mencari Athirah
2012 Baju Kebaya Terakhir Bapak Ustaz Ashraff
2012 Cinta Si Tukang Kasut Aduka
2012 Mak Sanggup Bakri
2012 Cinta Dari Syurga Zarul Aiman
2012 Dewi Kasihku
2012 Setahun Setengah Mencari Cinta Kid
2013 Hanya Dikau Iqbal
2013 Lara Qaseh Imran
2013 Suamiku Jururawat Dr. Fakri
2013 Andai Itu Takdirnya Fitri
2013 Anak Menantu Aiman
2013 Miss Aaliyah Azlan
2013 Takdir Cinta Syamsul
2013 Mimpi Fara Haikal
2013 Dari Ibu Hazim
2014 Setulus Kasih Kamil
2014 Rania Tip Top Irfan
2014 Nikah Kita Bercinta Danial
2014 3 Hati Ibu Razman
2014 Dzikir Ramadan
2014 Cinta Ramadan Adam
2014 Love You Mr. Arrogant Raya Zafriel Irham
2014 Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya Raimy
2014 Baju Raya Yaya
Drama
Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Ponti Anak Remaja The Series Kamal
2011 Rojak Malik
2011 Iparku Diva
2011 Annissa Imran
2011 Dingin Lavenda Azhar
2011 Jangan Bunuh Matahariku 2
2011 Kelaas Kau Maria
2011 Karma Eizlan
2012 Mahabbah Iskandar
2012 Bukan Bidadari Kamal
2012 Julia Azwan
2012 Syukur Allah Hayat
2013 Dalam Setiap Sujud Fareez
2013 Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Raimy
2013 Cinta Yang Satu Arif
2013 Fira Ayuni Duqqi Amani
2013 Love You Mr. Arrogant Zafriel Irham
2014 Kias Ramadan Episod 1
2014 Raya Ni Mesti Kahwin Hisham

Projek Lain[sunting | sunting sumber]

Pernah muncul dalam iklan Brylcreem.[3]

Azlee telah menjadi pengacara untuk sebuah rancangan berbentuk kuiz yang diberi nama Ello!Ello! dan ditayangkan oleh Astro Ceria.

Banyak program realiti telah menjemput beliau, antaranya adalah Ada Bran!:Lebih Ekstrem yang ditayangkan TV9 pada tahun 2013; Woot! Woot! Episod 2 dimana beliau berpasangan dengan Angah Raja Lawak yang ditayangkan TV3 pada tahun 2013; Remaja Ekstrem Episod 9 ditayangkan pada tahun 2013; ResQ yang ditayangkan TV3 pada 8 Februari 2014 dan Yabedabedu juga ditayangkan pada 8 Februari 2014 oleh TV9.

Azlee Khairi juga menjadi pengacara rancangan Shop In Love di TV2 yang bersiaran setiap Selasa jam 9.00 malam.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Azlee merupakan anak kedua daripada enam orang adik-beradik.[4]

Beliau pernah menjadi pemain bola sepak untuk pasukan negeri Perak FA.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]