Azlee Jaafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Azlee Senario)
Lompat ke: pandu arah, cari

Azlee Jaafar ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia kelahiran Johor yang mula mencipta nama bersama kumpulan komedi Senario pada era 1990-an. Beliau juga seorang penggiat muzik ghazal di Johor.

Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) pada edisi FFM 14 (1999) menerusi filem Senario The Movie. Selain lakonannya sebagai pemuda terencat akal dalam filem tersebut, lakonan Azlee sebagai pengusaha warung roti canai dalam filem Lagi-lagi Senario (2001) juga mendapat pujian ramai pengkritik.

Azlee sering digandingkan bersama pelawak Syanie dan Sheila Rusly.

Filem [sunting]

  1. Senario The Movie (1999)
  2. Senario Lagi (2000)
  3. Lagi-Lagi Senario (2001)
  4. MX3 (2003)
  5. Lang Buana (2003)
  6. Jutawan Fakir (2003)
  7. I Know What You Did Last Raya (2004)
  8. Tangkai Jering (2004)
  9. Senario XX (2005)
  10. Pontianak Menjerit (2005)
  11. Pemburu Emas Yamashita (2006)
  12. Cinta U-Turn (2008)
  13. Senario The Movie - Episod 1 (2008)
  14. Jangan Pandang Belakang Congkak (2009)
  15. Senario The Movie Episod 2:Beach Boys (2009)
  16. Zoo (2010)
  17. Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (2010)
  18. Senario Asam Garam (2010)
  19. Magika (2010)

Pencapaian [sunting]