Bâkî

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bâkî (1526–1600)

Bâḳî (باقى) ialah nama pena (Turki Uthmaniyyah: ﻡﺨﻠﺺ mahlas) bagi seorang pemuisi Turki pada zaman Uthmaniyyah yang bernama Mahmud Abdülbâkî (محمود عبد الباقى) (1526 – 1600). Beliau dianggap sebagai penyumbang tersohor kepada bidang kesusasteraan Turki, Bâkî juga turut dikenali dengan panggilan Sultânüş-şyuarâ (سلطان الشعرا), atau "Pemuisi Sultan".

Bâkî lahir dalam keluarga miskin di Istanbul, ayahnya ialah seorang muazzin di Masjid Fatih. Pada asalnya, keluarga Baki memintanya untuk menjadi pembuat baju zirah, namun beliau selalu tidak melakukan kerja tersebut kerana sering menghadiri kelas pengajian berdekatan atau madrasah, atau sekolah pondok pengajian Islam. Kerana sikapnya begitu, keluarganya telah memintanya untuk pergi menghadiri kelas pengajian secara lebih formal dan tersusun. Bâkî merupakan pelajar yang baik dan tekun belajar. Beliau selalu hadir ke kelas pengajian yang diajar oleh para pensyarah terkenal pada waktu itu. Selama bertahun-tahun belajar di sekolah, Baki mula menunjukkan minat dan bakat yang mendalam dalam bidang puisi, bakat beliau telah diasah dan digembleng rapi oleh penyair terkenal bernama Zati (ذاﺕﯽ) (1471–1548). Selepas menamatkan pengajian, beliau telah bekerja untuk beberapa ketika sebagai guru, namun selepas itu, kebolehannya sebagai penyair makin lama makin cerah, beliau telah dianugerahkan posisi pekerjaan yang berlainan sebagai seorang Qadi (ﻗﺎﺽﯽ), atau Hakim Muslim di dalam birokrasi Uthmaniyyah. Bâkî meninggal dunia di Istanbul pada tahun 1600 Masihi.

Bâkî dilihat amat rapat dengan pentadbiran istana Uthmaniyyah, khususnya ketika era pemerintahan Sülaymân I, beliau mempunyai hubungan yang amat baik dan akrab. Ketika zaman pemerintahan Selim II dan Murad III, beliau terus mengekalkan hubungan erat dengan pihak istana dan pihak perhubungan negeri. Beliau telah mendapat perhatian yang baik dan beliau turut disenangi oleh pihak istana dan masyarakat umum.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]