B-57 Canberra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
B-57 Canberra
Martin B-57A USAF 52-1418.jpg
B-57 di ruang udara Teluk Chesapeake, Maryland
Peranan Pesawat pengebom
Pengeluar Martin
Penerbangan sulung 20 Julai 1953
Diperkenalkan 1954
Status Dibersarakan (2 buah masih digunakan oleh NASA)
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Tentera Udara Pakistan
Tentera Udara Republik China
Jumlah dibina 403
Kos seunit AS$1.26 juta (B-57B)[1]
Dibangunkan dari English Electric Canberra

B-57 Canberra merupakan sebuah pesawat pengebom yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat untuk menjalankan misi-misi pengeboman dan peninjauan mulai tahun 1950-an. Kapal terbang ini pada asalnya diasaskan kepada pesawat English Electric Canberra buatan British.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Versi B-57B menjadi versi muktamad pesawat pengebom ini, dan mempunyai beberapa pengubahsuaian. 4 stesen senjata dipasangkan di bawah sayap kapal terbang ini untuk membolehkan lebih banyak senjata dibawa. Kapal terbang ini juga diberikan persenjataan 8 pucuk mesingan of 0.50 in (12.7 mm) Browning M2 dan kemudiannya digantikan dengan 8 pucuk meriam 20 mm jenis M39.

Penerbangan sulung B-57B dilakukan pada 18 Jun 1954. Pesawat jenis B-57 pada awalnya menghadapi beberapa masalah seperti kerosakan enjin dan kegagalan pengerak sayap ekor menyebabkan beberapa pesawat menjunam ke tanah. Tentera Udara Amerika Syarikat menganggapkan pesawat B-57 ini tidak sesuai untuk tugasan pencerobohan malam dan Martin mengambil langkah meningkatkan peralatan elektronik pesawat ini. Menjelang tahun 1957, Tentera Udara Amerika Syarikat menerima pesawat F-100 Super Sabre ke dalam perkhidmatan skuadron, dan B-57 diputuskan untuk dikeluarkan daripada perkhidmatan. Persaraan pesawat ini ditangguhkan kerana Perang Vietnam.

Penempatan pesawat B-57B di Bien Hoa bermula dalam bulan November 1964 dengan perlanggaran di antara 3 buah pesawat semasa tiba! 5 buah pesawat lagi musnah dalam serangan mortar oleh Viet Cong dan 15 lagi rosak. Misi pengeboman bermula pada 19 Februari 1965 dalam Operasi Rolling Thunder. Pesawat B-57 biasanya dipasangkan 9 butir bom 500 lb (227 kg) di dalam badan pesawat dan 4 butir bom 750 lb (340 kg) di bawah sayap.

Dalam bulan April 1965, pesawat B-57B mula membuat serangan waktu malam dibantu oleh pesawat lampu suar dan pesawat peperangan elektronik jenis EF-10B Skyknight. Padda 16 Mei 1967, sebuah pesawat b-57B meletup di atas landasan di Bien Hoa, dan menyebabkan kemusnahan 10 buah B-57B yang lain, bersama-sama 11 buah kapal terbang A1 Skyraider dan sebuah kapal terbang F-8 Crusader.

Akibat pelumpuhan perang, peswat B-57 dihantar ke Phan Rang di mana mereka menyertai serangan membantu operasi tentera di kawasan tersebut bersama-sama pesawat pengebom English Electric Canberra milik Tentera Udara Diraja Australia. Daripada 94 buah pesawat B-57 yang dihantar ke Vietnam, 51 buah menjadi korban perang dan pada akhir tahun tahun 1969, hanya 9 buah sahaja yang masih tinggal.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Pengguna pesawat English Electric Canberra (biru tua) dan B-57 (biru muda).[2]
Pesawat pengebom B-57 semasa operasi dalam Perang Vietnam.
Flag of Pakistan (bordered).svg Pakistan
 Republik China
Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat

Spesifikasi (B-57B)[sunting | sunting sumber]

Data dari Quest for Performance[5]

Ciri umum

Prestasi

Persenjataan

  • Meriam:meriam M39 berkaliber 20 mm dengan 290 butir peluru/meriam
  • Bom:
    • 4,500 lb (2,000 kg) dalam ruang bom termasuk bom nuklear
    • 2,800 lb (1,300 kg) di empat tenggekan luar termasuk roket tanpa panduan

Avionik

  • Sistem Panduan Radar Pengeboman Udara APW-11
  • Sistem Pengeboman SHORAN
  • Penerima Amaran Radar APS-54

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Knaack, Marcelle Size (1988). Post-World War II bombers, 1945-1973. Office of Air Force History. ISBN 0-16-002260-6. 
  2. Jones, Barry (October 2006). "A Nice Little Earner". Aeroplane 34 (10): pp. 93–97. 
  3. National Center for Atmospheric Research, Boulder, CO
  4. Mikesh, Robert C. "Martin B-57 Canberra. The Complete Record", p.162
  5. Loftin, LK, Jr. "Quest for performance: The evolution of modern aircraft. NASA SP-468". Diperoleh pada 2006-04-22. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan