B.N. Rao

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Balakrishna Narayan Rao atau lebih dikenali sebagai B.N. Rao.

Balakrishna Narayan Rao atau lebih dikenali sebagai B.N. Rao (27 Mac 1908 - 18 Januari 1996) merupakan salah seorang pengarah filem Melayu yang giat sekitar 1950-an hingga 1970-an.

Beliau dilahirkan pada 27 Mac 1908 di Tellicherry, Kerala, India sebagai Balakrishna Narayana Nair . Namanya silap daftar sebagai B.N. Rao semasa kemasukan bersekolah di Bombay. Rao berusaha mengembangkan kerjayanya melalui sebagai pelakon dan juru teknik sehingga menjadi pengarah dalam industri filem yang berkembang di India.

Dengan kejayaannya dalam filem awal India, Shaw Brothers (Runme and Run Run) yang bertempat di Singapura mengambilnya bekerja di bawah syarikat Malay Film Productions. Dalam tempoh kurang dari tiga tahun, dia telah mengarahkan sembilan filem termasuk filem Hujan Panas, yang menjadi aras tanda bagi filem Melayu buat masa yang lama.

Dia akhirnya meninggalkan Malay Film Productions di bawah Shaw untuk menyertai Cathay-Keris. Dia kemudian mengarah beberapa filem popular seperti filem Mahsuri pada tahun 1958 dam siri filem Pontianak, yang akhirnya meletakkan syarikat Cathay-Keris Film Productions pada kedudukan pencabar penting kepada Shaw.

Beliau telah meninggal dunia pada 18 Januari 1996 di usia 87 tahun.

Filemografi arahan[sunting | sunting sumber]

Filemografi di Malay Film Productions[sunting | sunting sumber]

Filemografi di Cathay-Keris Film Production[sunting | sunting sumber]

Filemografi di India[sunting | sunting sumber]

  • Natya Rani (1949)
  • Bilhana (1948)
  • Ekambavanan (1947)
  • Aparanji (1944)
  • Salivahanan (1944)
  • Madanakamarajan (1941)
  • Bhuloka Rambha (1940)
  • Sati Murali (1940)
  • Prahlada (1939)
  • Rambayin Kadhal (1939)
  • Tukaram (1938)
  • Keemti Qurbani (1935)
  • Veer Kumari (1935)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]